TATKALA EGOISTIK..,CINTA.., DAN
PENGHARAPAN BERSATU..
MAMPUKAH SEBUAH PERCINTAAN SEJATI ITU DIPERTAHANKAN….???
-ALESZ ETERNITY-
DISAAT CINTA ITU MELEBARKAN
SAYAPNYA MENGHAMPIRIMU…
PASRAHLAH KAU….
KERNA AKAN ADA DURINYA YANG AKAN MELUKAKANMU..
DAN DISAAT CINTA SEJATI ITU MUSNAH
ANGKARA ORANG KETIGA…
REDHAI LAH KAU KERNA TERSELIT
HIKMAH DISEBALIKNYA..
SEDARLAH KAU…
MENYINTAI ITU TAK SEMESTINYA MEMILIKI…
CINTA ITU IBARAT SATU
PENGORBANAN…..
BERKORBAN HIDUP UNTUK ORANG YANG DICINTAI…
BUKAN UNTUK MENYAKITI….
CINTA ITU SEBUAH KEBAHAGIAAN
HAKIKI..
BUKANNYA PENDERITAAN YANG BERPANJANGAN TAK
TERHENTI…
DAN..,
PERTAHANKAN LAH KESETIAANMU
SEANDAINYA DIA BENAR2 MILIKMU…..
TAPI..,
LEPASKAN LAH DIA SEKIRANYA DALAM HATINYA BUKAN DIRIMU LAGI……….
KERNA…
SUDAH TERTULIS SEBUAH
HAKIKAT AKAN HADIRNYA MALAIKAT YANG MEMBERI SINAR BARU DALAM HIDUPMU…
HIDUP MESTI TERUS…,
-ALESZ
ETERNITY-
-2011 MARCH 18TH 10.48.A.M
2009 june 19th
EeNTAH….
Ini
mungkin entah kali keberapanya aku putus
cinta.. Mungkin bukan jodoh kot…itu la kata-kata yang sering aku ungkapan
setiap kali putus cinta dengan mana- mana lelaki. Namun..Ally..hidup mesti
terus…salah satu ayat yg aku suka…erm….hidup…Apa-apa je la, janji aku bahagia..
hehehe… lelaki hanya la mainan semata2. xda sorg pn yg bnr2 xlas….bye
jeffrizxul…smoga temui kbhgiaan awk…
-.Allydia
Erza..-
|
P
|
appppprrhhh..!!!
Aku menutup kembali diariku,
lantas berbaring malas di atas tilam. Merenung jauh ke atas siling yang kosong.
Argghh..! Lelaki… memang pandai bermain kata-kata. Namun aku lebih bijak dari
mereka. ‘ufh…nampaknya dia bukan lelaki yang sesuai untukku. Masih ada lagi
seseorang itu yang mungkin sedap bagiku…’ Mindaku melintas sesuatu yang jahat.
Nasiblah agaknya kali ini.
“Apasal tiba-tiba aje break ngan Jeff..?” Niea merenung aku. ‘Ufh.. nenek
ni mesti nak tau jugak..’ Aku lantas duduk bersila. Menampakkan sebaris gigiku.
“Tersengih-sengih..! Aku risau tau kau call
sampai nangis-nangis tadi. Sekarang dah okey pulak..” Dia membalingkan bantal
ke arahku. Aku hanya ketawa kecil. Bantal itu lantas ku peluk. Kemudian aku
pura-pura mencari sesuatu. Sesuatu yang aku sendiri tak tahu! Sengaja
membiarkan Niea dengan seribu satu persoalan.
“Jangan nak elak ye cik Ally..”Sindirnya. Aku
mendengus kecil. Kemudian beralih duduk menghadap Niea.
“Dia ajak break. So break la.
Takkan la aku nak merayu-rayu plak. Ufh.. Simpang malaikat 44. Jatuh saham
aku..!” Aku mula bersuara. Memang bukan sifatku untuk tunduk didepan lelaki. Lelaki
yang lebih-lebih lagi bukan pilihanku. Mereka yang mengejarku. Bukan aku!
“Takkan la tiba-tiba je. Mesti ada sebab
kan..?” Niea masih nak mengorek. ‘Nampaknya nenek ni tak akan puas bertanya
selagi aku tak menceritakan perkara sebenarnya.’ Gumamku.
Aku menarik nafas lembut. Berdehem
seketika. “Kau ingat tak budak yang sama group
ngan kita waktu trip ke London bulan
lepas..?” Aku perlahan memulakan intonasiku dengan sengaja membuat Niea meneka.
. “Alah, yang mukanya cam baby face tu la. Cuba
flashback ingatan kau tu..” Berkerut kening Niea cuba mengingati apa yang
aku cuba sampaikan.
Seketika kemudian Niea membutangkan
matanya.. “O..ya.. aku ingat la. Budak yang kau suka sangat curi-curi tengok
ye..”Aku ketawa kecil. Terasa malu pulak. Itulah kali pertama aku mula tertarik
pada si ‘dia’sampai Niea dan Etyza mengomel bila aku asyik bercerita tentangnya.
“Ha’ah,
that guy..lovely baby..” Aku sengaja memejamkan mata. Teruja mengingati
dia. Aku menjerit kecil bila pahaku ditampar Niea. Dia menunjukkan isyarat
‘gila’ padaku. Makin galak aku ketawa.
“Jeff tau aku tertarik ngan budak tu. Bukan
sekali dia ternampak aku bertegur ngan dia tu, kerap kali tau. Kau tau tak,
mula-mula kami gurau je tadi. Tak tau plak sampai jadi serius macam ni sekali
kami break. Ada ke patut jeff
tinggalkan aku cam tu je? Langsung tak bertanggungjawab.! Nasib baik jugak hero
tu muncul dan dia lah yang hantar aku balik tadi. Malu aku tau.. dahla aku
tengah nangis waktu tu..”Ceritaku. Betapa tindakan aku bodoh sangat bila
teringat sidia muncul dan melihat aku yang menangis. Malunya..! Rasa nak potong
je jari jemariku yang tak segan silu menghantar mesej pada dia. Gila!
“Abis sekarang macam mana?” Niea turut
berbaring melihat aku berbuat demikian. Aku hanya menggeleng. “Just follow the flow je..” Aku berkata
perlahan. Jauh disudut hatiku menginginkan sesuatu. Sesuatu yang mampu mengikat
aku dan dia? Aku tak tahu kenapa aku merasa dia lebih sempurna dan begitu
menarik dimataku. Matanya…ermm…aku bisa tenggelam dengan setiap renungannya, oh my god…apakah aku sudah jatuh cinta
dalam erti kata yang sebenarnya..??
“Eh, gila k? Menjerit tiba-tiba je..”Aku
kembali ke dunia realiti saat Niea memintas setiap khayalanku. Dia memandang
aneh padaku. “Cis.., macam kena sampuk je. Aku nak pegi cari Ety jap. Kau tu
jangan jadi gila plak.” Sempat dia mengenakan aku.
Aku hanya menghantar pemergianNiea melalui
pandangan mata hingga tubuhnya lesap disebalik daun pintu. Mataku kembali
terarah pada siling. Anzmeer Syafiq…. Tak terasa aku menyeru sebaris nama itu..
Aku sedar kini aku sudah terlanjur. Terlanjur untuk menginginkan sesuatu yang
terlalu tinggi padanya. Aku sudah tak mampu untuk berpaling lagi. Kerana aku
benar- benar tidak senang hati.
Pasti ada sesuatu yang mengekori diriku
sejak kebelakangan ini. Semakin aku menolak semakin aku mempercayai akan
firasat yang bermain dengan perasaanku. Ada sesuatu dalam dirinya terhadapku. Bagiku
lelaki itu sudah ada tempatnya dalam hatiku kerana sesekali dia berada dalam pandanganku.
Wajahnya terpahat dalam fikiranku dan akan
hadir pada saat yang tak terduga olehku. Jadi apa masalahnya?
Kenapa dengan aku ini? Gila? Atau sayap cinta
itu sudah mendekati aku? Sesuatu yang hanya dipandang remeh olehku selama ini. Aku
mula tidak selesa dengan apa yang melanda aku ketika ini. Selama ini aku bebas
membuat pilihan. Pendek kata apa yang aku inginkan pasti akan berada di
genggaman. Selama hidupku ini aku tidak pernah merasa untuk mendekati seseorang
dengan perasaan yang ‘kritikal’. Kalau betul istilah itu yang menggambarkan
keadaanku saat ini. Apa perlu aku buat.?
What should you do Allydia Erza..??
|
W
|
HAT
….!! Oh, no…! Aku tak caya kau boleh serius. Seperti
biasa kau akan tetap jadi rabbit girl
tau..” Melotot mata Etyza merenung aku. Dengan wajah bersahaja aku tersengih-sengih memandangnya.’rabbit girl’ istilah yang hanya kami
tiga saja yang tahu. Rasa geram jugak pada Tania yang menyebut tentang ‘sidia’ waktu
kami sedang makan petang. Aku sisip perlahan Italian espressio.
“Baik kau pencen je
ye.. abis semua lelaki kau kecewakan nanti.” Sindir Etyza. Niea hanya
mengangguk mengiyakan. Wah.. komplot mereka dua ye…ngomelku.
“Macam lah aku ni buruk sangat nak jatuh
cinta. Mana tau kali ni dia betul- betul jodohku.” Kataku selamba. Tawa kecil
mengiringi kata-kataku. Menutup gundah dihati. Namun getaran didada tiada siapa
yang tahu. ‘Dia’ muncul sebentar diruangan mataku tiba-tiba.
“Jodoh konon. Jangan mainkan perasaan orang
Ally. Kau akan tau betapa seksanya bila cinta dipermainkan. Satu ari nanti kau
akan jatuh cinta dalam erti kata yang sebenar baru kau sedar betapa hebatya
penangan cinta itu. Kau akan gila..! Cinta itu pengorbanan Ally..,berkorban
untuk orang yang dicintai.” Gulp… Aku menelan liur mendengar kata-kata Etyza
itu. Sedikit sebanyak aku mengaku tentang hal itu. Apakah aku mampu mengharungi
sebuah percintaan sejati itu.? Menderitakah aku? Sanggupkah aku berkorban? Bahagiakah?
Aku mengeluh kecil.“Entah.tak tau la.. Just follow the flow je. Kita tak tahu
takdir ALLAH untuk kita kan? ” jawabku sedikit gugup.
“Tengok. Tu la jawapan standard dia, ish.. susahnya
nak fahamkan dia ni. Kesian budak tu kau kecewakan nanti. Cuba sedar sikit Ally.
Niea sedarkan kawan kita tu..” Etyza menampar lembut bahu Niea. Meledak besar
ketawa kami bertiga.
“Eh sejak bila kau jadi puitis ngan
kata-kata cinta ni.. jiwang memanjang je. Cinta itu pengorbanan, berkorban untuk
orang yang dicintai…ee.. geli aku dengar.” Aku sengaja mengajuk kembali
kata-kata Etyza . Sekadar menutup debaran dihati. Walhal denyutan jantungku
kian berirama hebat.
“Betul kata Ety tu, kau kena sedar Ally. Ni
berapa kali kau dah putus cinta?” bagaikan
polis pencen Niea mengutarakan soalan cepumas itu.
Dengan selamba aku mengangkat jemari
menunjuk angka enam. “Mula ngan AIzam., Derrick, Calvin, Khairy, Jofajar pas tu
sekarang ni ngan Jeff plak.” Bersahaja aku menuturkan nama lelaki-lelaki yang
pernah bersamaku.
“Banyaknya koleksi kau ye… Kenapa tak mau share dulu ” Gurau Etyza.
Aku tersenyum. Mereka yang mengejar aku.! Jadi
aku hanya patahkan hati setiap lelaki yang berhubungan aku. Bukan niatku
sebenarnya, tapi tiada cinta dihati untuk mereka. Aku tidak mahu terikat dengan
serius. Belum tiba masanya. Aku mahu bebas dengan sepenuhnya tanpa dikongkong.
“Tapi aku baik kan? aku tak pernah curang.
Secara jujur aku akan minta putus bila tak rasa serasi dengan jiwa. Bukankah
itu mempamerkan aku baik sebenarnya? Aku tunggu cinta yang ketujuh ni. Yang ni
baru kekal. Lagipun nombor tujuh kan my
lucky number.” Usikku berseloroh. Namun ada sesuatu persaan yang menyelinap
hatiku saat itu.
“Hah, angkat bakul lah tu. ”
Aku mencebik “Tak popular lagi dah tu cik Niea.
Sekarang ni orang pakai tekan lift masuk sendiri.”
Dan, anehnya mengapa wajah dia kembali
menghiasi pandanganku. Aku dapat merasakan dia tidak seperti lelaki lain. Dia
bersahaja. Cukup tenang sehingga ketenangan itu menganggu tidur setiap malamku.
Sejak akhir-akhir ini dia kerap mengunjung mimpi-mimpi malamku. Menjadi peneman tidurku sehingga
kadang- kadang aku takut untuk memejamkan mata.takut dia akan muncul. Takut dia
akn menjadi kebiasaanku. Takut aku tak
mampu menolak kehadiran lelaki yang benar-benar mengetarkan seluruh sukmaku. Takut
disaat aku mengharapkannya dia akan pergi jauh dariku. Aku benar-benar takut
kini.!
SELESAI makan Niea dan Etyza melangkah pergi
meninggalkan aku sendirian.Jam ditangan aku kerling.6.07 pm.. Mataku liar memerhatikan keadaan sekeliling. Lamanya bila
agaknya hendak sampai ni..Ngomelku. Kemudian mataku tertacap pada sekujur tubuh
tinggi lampai yang kian menghampiriku. Senyuman yang terukir pada bibirnya
tidak mampu mengoyahkan perasaanku. Aku memandang kosong.sekosong-kosongnya…
“Hai,
sorry lewat.. Ally dah lama tunggu..?” Jeffrizul menegurku lembut. “Jom
jalan kat sana..” Dia menunjukkan kearah kawasan taman berdekatan.
Aku hanya menurut dia dari belakang dengan
langkah perlahan. Aku tahu jeffrizul sengaja melambatkan langkah untuk bersaing
jalan denganku.
“Ally I minta maaf fasal tadi. I gurau aje.
Jangan la macam ni ye, kita tetap bersama. I cemburu sangat. I tak mau you jadi
milik lelaki lain.” Perlahan suaranya kedengaran di cuping telingaku. Aku
terdiam. Tiada modal untuk bicara.
“Please…maafkan I..” Jeffrizul meraih
bahuku. Anak matanya menunjukkan penyesalan yang tak terkira. Rintihannya itu
tidak mungkin mampu mencairkan hatiku yang sekeras batu.
“Maafkan I juga. I tak boleh lagi bersama you.
Hati I sakit. You’ll never trust me.You
tau tak bila you kata yang bukan-bukan tadi tu seolah-olah you mendoakannya..”
Bisikku. Aku merungkai pegangannya. Fikiranku mengimbau kembali kejadian lewat tengahari tadi. Saat
Jeffrizul menuduhku sewenang-wenangnya.
“Sebelum ni you ni playgirl sangat la, berapa banyak dah boyfriend you. Nakal ye”
Jeffrizul menarik telingaku. Aku hanya ketawa ceria. Tahu yang dia hanya
bergurau. Waktu itu kami sedang menikmati makan tengah hari di luar kampus.
“Orang dah nak so I on je lah. Tak
sampai hati nak tolak. Dan you sendiri tau I macam tu masih jugak you nak kat I” Ejekku.
Tidak mahu mengalah.
“Hah, tengok tu Jofajar kan? Ex- you, pergilah
kat dia. Dia sayang kat you sangat kan dulu. Teruk dia kena seksa ngan you.” Dia
menunjukkan kearah kanan. Aku menoleh. Ermm, memang budak tu pun.
“Kenapa? You nak kembali pada Mylia ke?”
Giliranku mengenakan dia. Sinis. Aku paling tak suka bila perkara lepas
diungkit. Bagiku yang lepas tu lepas lah. Buat apa diingati lagi. Jeffrizul
sengaja menguji benteng kesabaranku.
Dia hanya menggeleng. “ you sayang kat I
ke?” suasana kini semakin menjadi serius tiada lagi usikan kami. Aku hanya
diam. Mengangguk tidak. Menggeleng pun tidak.
“I rasa jasad you ngan I tapi hati you dah
pada orang lain kan Ally?” Ketawanya kedengaran sinis dan menyakitkan ditelingaku.
Ya Allah Jeff ni memang mengundang amarahku. Bukankah kami sudah berjanji tidak
akan mengungkit perkara itu lagi. Jadi mengapa harus dipersoalkan seandainya
melukakan hati.
Sungguh aku tak suka bila Jeffrizul
menyebut tentang ‘dia’ lagi. Untuk setakat ini cukuplah dia mendera jiwaku. Aku
dalam usaha sebenarnya untuk melupakan sebaris nama itu. Dengusan Jeffrizul
menampan telinga.
“You memang dah tak ada hati lagi ngan I
kan Ally? Kalau tidak I takkan merasa you semakin jauh dari I.”
“Crap!
Stop it Jeff..” Pintaku. Masih
menahan sabar.
Ketawanya yang sinis tadi masih berbaki.
Mungkin menutup lara dihati. Andainya sudah tahu akan terluka kenapa perlu
membangkit sesuatu yang pastinya menoreh kembali parut yang masih bernanah?
“Pergilah kalau you rasa dia lebih layak
dari I.” Dia semakin merapu.
Keterlaluan.
“Jeffrizul..! ”
“I tak paksa you Ally. I tau dia ada pakej
yang menarik yang I tak ada. 5Cs. You boleh dapat apa you nak kalau ngan dia.
tak macam I ni. ” Jeffrizul memang sudah melampau. Dia belum kenal aku
sepenuhnya selama ini. Apakah aku dimatanya gadis material? Nampaknya Jeffrizul
silap.
“You jangan cabar I Jeff. I takda apa-apa
hubungan dengan dia. We’re just friend as
I told you before. Lagi satu, I
tak heran lah dengan harta dia tu. Bapa I Tan Sri kaya jugak.” Marahku. Aku
sudah tidak dapat menahan rasa.
“Friend?
Ha, ha..” Tawanya yang sengaja dibuat itu benar- benar menyakitkan hatiku.
“Fine!
you nak sangat I ngan dia kan? I call
dia sekarang jugak.” Aku sudah mula mengugutnya.
“Pergilah..” Usai berkata Jeffrizul terus
meninggalkan aku dalam keadaan terpinga-pinga. Sampai hati dia. Padahal aku
sudah cuba yang terbaik untuk pulihkan hubungan kami. Setitis air mataku yang
ditahan sejak tadi kini tanpa segan silu menodai pipiku. Betapa sakitnya hati.
Namun akhirnya aku nekad. Siapa yang dulu datang padaku itulah pilihanku!
Aku mengeluh perlahan kembali ke alam
nyata.. Kutatatap wajah Jeffrizul dengan tenang. Mataku dipejam seketika
mengumpul sisa kekuatan yang hampir hilang.Tiba masanya untuk aku menyatakan
apa yang terbuku dihati. Biarlah segalanya terungkai disini.
“I cuba untuk cintakan you tapi you dah
musnahkannya usaha I tu. I dah takda hati lagi untuk terus bersama you Jeff. It zero..! I tak pernah ada apa-apa ngan
dia. Dia tidak salah Jeff, you jangan cuba untuk membenci dia. Dia tak ada kena
mengena dengan kita..” Aku bicara setenang yang mungkin. Ya, benar aku memang
tak pernah untuk cuba curang tapi rasa cinta itu belum ada untuk Jeffrizul. Tentang
Anzmeer mungkin hanya aku sahaja yang berperasaan itu.
Sebelum ini aku juga pernah rasa minat pada
lelaki lain. Mungkin saat ini aku keliru. Lambat laun rasa teruja untuk
mengenal dia hanya untuk sementara waktu. Ia akan hilang juga nanti. Aku menelan
suara hati itu. Benarkah begitu yang aku harapkan. Ikhlaskah aku?
“Apa jadi pada kita Ally..” Suara jeffrizul
kedengaran sendu. Aku menggeleng. Tersenyum kemudian. “ I mungkin bukan untuk
you Jeff.,. maafkan I.” Aku mula
melangkah untuk pergi. Langkahku terhenti seketika.
“I tak
pernah untuk mencintai dia, tapi mungkin kali ini takdir yang temukan hati I
dengan dia. Maaf kalau waktu itu I bersama dia. Itu yang you mahu kan Jeff?” Tanpa
menoleh aku menuturkan kata-kata itu. Aku memejamkan mata seketika. Setitis air
mataku jatuh lagi. Mungkin untuk kali terakhir untuk insan bernama Jeffrizul
dan saat itu juga aku merasakan tenang. Setenang-tenangnya. Terasa bebas dan
tiada rasa terikat. Dan dalam sesaat itu tak terasa namanya kuseru perlahan. Mengharapkan
hatinya bersatu dengan hatiku!
teruskan usaha habiskan novel ni yunk,,>_<,,,
ReplyDeletefrom: u know me
oke...tq..apa2 plez komen yer...bg smgt utk perbaiki kesilapan..
ReplyDelete