ALESZ ETERNITY ZONE!

welcome to my FAIRYLAND...-

continues episode 13-14

R
unsing. Itulah yang aku rasa hari ini. Jiwaku bergolak tanpa henti dari tengahari tadi hingga senja menjelma. Dari tadi aku cuba agar mengabaikan kata-kata Nisha. Tetapi kenapa minda ini tetap mahu memikirkannya? Apakah Anzmeer tahu perkara itu? Perlukah aku bertanya padanya untuk mendapatkan kepastian?
    “Linda minat Anzmeer dari dulu. Tapi Anzmeer tak layan. Tu yang dia marah sangat bila tahu you bercinta dengan Anzmeer.” kata-kata Nisha bagaikan tergiang-ngiang di telingaku.
    Andai suka kenapa tidak berterus terang? Takut dengan pepatah perigi cari penimba ke? Rasanya peribahasa itu sudah lapuk digunakan sekarang. Lagipun bukannya salah aku kalau Anzmeer tidak layan dia. Jadi kenapa harus membenci aku? Patutlah setiap kali terserempak linda memandangku semacam je. Aku mula mengomel sendirian.
    Suasana petang itu kedinginan hingga sejuknya menusuk tulang sum-sum. Jaket tebal yang aku pakai masih tidak mampu menghilangkan kedinginan ini. Aku menelusuri jalan menuju U park sambil mengosok kedua jemariku. Persekitaran agar lenggang waktu itu. Hanya beberapa penuntut yang lain bangsa kelihatan bersantai duduk dibawah pohon rendang sepanjang jalan. Kebanyakkannya adalah berpasangan.
    Tiba-tiba rindu pada Anzmeer datang tanpa diundang. Sudah lama dia menyepi meninggalkanku kerana tugasan. Aku cuba memahami keadaannya sebagai penuntut tahun akhir. Dia perlu menghabiskan assignment dan membuat sedikit kajian mengenai jurusannya. Kalaulah angin lalu ini dapat menyampaikan rasa rindu ini padanya.. mungkin dia akan muncul di depan mataku saat itu juga. Keluhan keluar dari bibirku tanpa sedar.
    Aku mematikan langkah. Kedua belah mataku pejam rapat. Aku mengharapkan kehangatan cinta Anzmeer menemaniku tika ini. Biar dimana pun dia berada aku tetap mahu bayangannya bersamaku. Rasa sakit di kepala akibat terkena sesuatu menyebabkan jeritan kecilku tercetus. Pantas aku mengosok kepala. Mataku yang tadi tertutup rapi kini luas terbuka  memandang liar sekeliling.
    “Cari apa tu?”
    Tanpa perlu menoleh aku sudah tahu gerangan suara itu. Walau bertahun lamanya aku pasti suara itu tetap bersemadi di pendengaran dan jiwaku. Sentuhan lembut dibahu menandakan bahawa dia berada di belakangku. Malah, terlalu hampir sehingga aku dapat merasakan desah nafasnya yang dihela meremangkan bulu tengkukku. Dia memaut badanku agar berdepan dengannya. Bibirnya mengukir senyuman yang selama ini menjadi igauanku. Debaran didadaku mula berirama. Begitu mudah dia membuatkan diriku lemas didalam lautan kasihnya.
    “Jalan sorang-sorang macam ni rindukan I ke?” bicara Anzmeer romantis. Dia menongkat daguku. Memaksa aku memandangnya. Terselit rasa marah tiba- tiba bila dia menyoalku begitu. Dia langsung tidak memaklumkan aku kepulangannya hari ini. Memang nak kena!
    Dalam geram aku memijak kaki Anzmeer. Tindakan refleks itu membuatkan dia mengaduh. Berkerut kening Anzmeer memandangku. Aku hanya ketawa melihat reaksi wajahnya petang itu.
    “kenapa ni?”
    “You jahat. Balik tak bagitau I pun.” Tajam pandanganku padanya. Dia tersengih.
    “Sini,” Anzmeer mengapai tanganku. Aku hanya menurut. Jemariku bertaup dengan jemarinya. Kami diam seribu bahasa sambil melangkah berpegangan tangan. Tidak perlu berbicara, hanya hati bersuara kami seakan-akan dapat memahami rahsia hati masing-masing.
    “I balik pagi tadi. Pastu tidur satu hari ni. Penat sangat sayang,” dia menjelaskan tanpa dipinta. Aku sudah mampu tersenyum. Rinduku terlerai saat dia menuturkan kata sayang.
    “I’m sorry,” pintaku kemudian.
    “It’s okay.” Dia mengenggam jemariku erat. Tangannya beralih pada kepalaku kemudian.
    “Sakit tak?”
    “Sakit tau. You baling I pakai apa tadi?” aku mengadu meraih simpati padanya. Sengaja tanganku mengosok kepala. Anzmeer tertawa. Jemarinya turut berbuat demikian.
    “Sorry sayang, lama I perhatikan you dari tadi. I rindukan you. rindu I tak?” soalan itu meluncur buat kali kedua. Buat seketika aku diam. Hatiku terusik.
    Aku menarik nafas panjang.“Rindu I pada you tak pernah pudar Meer.” Luahku perlahan. Dia kelihatan senang hati. Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Comelnya, desisku.
    Suasana kembali hening. Fikiranku mula menerawang. Aku mengingati lagi kata-kata Nisha. Benarkah itu?
    “You want to talk?” Tanya Anzmeer melihat aku yang berdiam.
    “Emm, I nak tanya you sesuatu boleh?” Was-was aku membuka mulut. Wajahnya kutatap.
    Dia hanya mengangguk.
    “Betul ke Linda suka you?” Aku mengalih pandangan kearah sekelling.
    Dia mengeluh. “Dia ada buat something kat you?” Anzmeer bertanya. Terpamer riak cemas diwajahnya.
    Kepalaku digelengkan. “Tak ada. Cuma dia pandang I semacam je. Nisha yang bagitau I tentang tu. Dia suka you sebelum I kenal you lagi kan, Meer ”
    “So,”
    “I rasa tak sedap hati je. Mana tahu dia kata I ni perampas.”
    “I bukannya bercinta dengan dia pun. Dia tak puas hati ngan I sebenarnya. You bukan perampas tau. ” dia meyakinkanku. Aku diam.
    Kami memandang kearah satu sama lain. “I dah ada you. I tak nak orang lain gantikan tempat you di hati I. hati I milik you. Hanya you je.”
    “Meer..” Aku ingin berkata namun lidahku terasa kelu. Aku hanya mengeluh perlahan akhirnya. Anzmeer mematikan langkah. Pandangan kami bertemu. Riak wajahnya serius.
    “Allydia Erza, you trust me, do you?” soalnya sedikit tegas. Dia memaut kedua belah pipiku. Memaksa aku memandangnya.
    “Lebih dari diri sendiri.”
    “Then, no matter what happen we sticks together, dear.” Anzmir seakan berjanji padaku. Nadanya sudah kembali kendur.
    Aku merenungnya. “promise?” Aku menuntut.
    “Promise.” Jari kelingking kami bertaut.
    Aku menarik nafas lega.  “You love me?” tanyaku.
    “More than everything, more than words can say,
    “You trust me?” soalku lagi.
    “More than myself,” Matanya merenung jauh ke dalam dasar mataku. 
    Anzmeer merangkul tubuhku erat. Hangat terasa saat dia mengucup keningku. Sebak menyelubungi diriku. Aku begitu menyanyangi lelaki ini. Kiranya aku dipisahkan darinya suatu hari nanti mampukah aku menongkat hari-hariku tanpa dirinya.? Dia sudah menjadi kebiasaanku. Relakah aku dengan kehilangannya seandainya itu berlaku?
Ya, ALLAH aku mahukan perasaan ini hingga nafasku terhenti. Aku inginkan cintanya menghangatkan jiwaku selalu. Aku perlukan dirinya untuk menemaniku melayari bahtera kasih ini sampai ke hujung nyawa.









A
ku menjerit kecil saat Niea menyiku lenganku. Mungkin kerana tidak menduga tindakannya itu, rasa sakit terasa menyebabkan dahiku berkedut. “ Apa ni Niea. Sakit tau.” Marahku.
    “Eh, sakit ke? Sorry, aku tak sengaja. Ingatkan kau perasan tadi.” kata Niea dengan riak serba salah.
    “Hmm.. ada apa?” suaraku kembali kendur.
    Anak matanya menghantar isyarat. “Tu Anzmeer kan? Kenapa dia ngan Linda, eh.”
    Tiba-tiba hatiku rasa bergetar. Seakan rasa cemburu dan sayu tindih-menindih. Sampai hati dia.. Sampai hati Anzmeer Syafiq. Dia sudah maklum akan hakikat yang Linda tidak menyenangi hubungan kami berdua tetapi kenapa Anzmeer seolah-olah tidak berwaspada dengan perempuan itu. Siap berbual mesra.
    Dalam keterpaksaan aku menyembunyikan rasa hati dengan senyuman. Bahuku dijungkit tanda tidak kisah. Dalam usaha menghimpit rasa cemburu dan sakit hati aku tahu Anzmeer menyedari kehadiranku dari jauh. Huluran senyuman yang diberinya tidak aku sambut. Dengan hati sebal aku mempercepatkan langkah menuju dewan kuliah. Senyuman sinis yang dilontarkan oleh Linda memualkan aku. Mengada-ngada!
    Hilang fokus. Jiwa kacau. Menghabiskan kelas selama satu jam setengah itu bagaikan satu hari aku rasakan. Subjek bahasa perancis yang selama ini menjadi minatku sudah tidak menarik perhatianku lagi. Semuanya gara-gara Anzmeer.! Ingin saja aku menjerit sekuat hati melepaskan rasa geram dan marah yang bercampur aduk dengan cemburu yang meluap-luap. Telefon bimbit yang bergetar aku capai.
                                               Jumpa nanti yeJ
    Piraahhh! Nak pujuk lah tu. Maaf lah hati ini masih panas. Biar disimbah ketulan ais beribu tan pun belum pasti dapat melenyapkan lahar dihati. Aku menengadah muka ke langit. ‘jangan balas.. jangan balas..’ suara hatiku menahan.
    Tamat waktu kelas, aku mengorak langkah tanpa menunggu Niea dan Etyza seperti kebiasaan. Laungan mereka tidak aku pedulikan. Matlamatku waktu ini Cuma satu. Aku mahu melepaskan geram pada bantal!
“Ally..”
Tidak cukup dengan jeritan mereka satu suara yang memanggilku disebalik tiang itu juga aku abaikan. Biar Anzmeer rasa. Buat masa sekarang aku tidak ingin menatap wajahnya biarpun sebahagian hatiku merindui dia.
    “Ally..” satu lagi suara yang menyapa telingaku sebaik saja aku melintasi pintu pagar. Wah, nampaknya ramai peminat yang melaung namaku hari ini. Kenapa Allydia popular sangat hari ini.?
    “Dah abis kelas ke?” Tanya Jimie. Aku hanya mengangguk.
    “Niea mana?”
    Telunjukku menghantar isyarat pada dewan kuliah. Jemariku digerak-gerak yang membawa maksud Niea menuju kearah kami dan akan sampai bila-bila masa.
    “You tak jumpa Anzmeer ke? Tadi dia kata nak jumpa you.” Jimie menyoal lagi dengan riak hairan.
    Kalau tadi aku hanya mengangguk dan menggunakan jariku menghantar isyarat kini aku menggelengkan kepala. Biarlah hari ini aku seperti orang sakit tekak. Tidak ada suara untuk bercakap. Aku melambaikan tangan padanya walaupun dia seperti ingin berkata lagi.
    Satu.. dua.. tiga.. aku memukul bantal sekuat hati. Segala macam rasa yang mengharu birukan perasaan aku lampiaskan pada bantal yang tidak bersalah itu. Puas dengan aksi yang mengila aku terdampar di katil.
                                                      Jumpa jomL
    Mesej kedua Anzmeer aku baca. Nak minta simpati lah tu. Rasa marahku masih membuak. Dia harus bertanggungjawab!
                                                       Malas
    Satu ayat yang membawa seribu makna. Biar Anzmeer rasa apa yang aku rasa. Dan anehnya, aku tak tahu sama ada aku memang dilahirkan untuk senang menangis atau kerana rasa marahku menyebabkan tangisan itu keluar tanpa diminta. Sekali lagi aku melepaskan rasa kecewaku pada bantal.
    “Hai, sejak bila kau jadi ahli gusti ni.” Sapaan Camella mengejutkanku. Hampir terputus urat sendiku. ‘Sejak bila minah ni masuk bilik aku’aku mendengus.
    Dia ketawa namun hanya sekejap. “Siap nangis lagi. What wrong? Anzmeer? ” tidak susah untuk dia menduga riakku.
    Aku mengangguk. “Dia tu jahat.”
    “Dia kat bawah tu. Pergilah jumpa.” ujar Camella. Ceh, Patutlah dia mudah saja meneka punca keadaan aku sebegitu.
    “Tak nak. Biar lah dia kat situ.” Putusku. Masih berkeras hati.
    “Ish, tak baik macam tu. Pergilah. Dia sayang kau tu.” Camella memujukku.
    “But I hate him!” Aku berdegil. Camella berpeluk tubuh menyandar dimuka pintu. Keningnya diangkat. Mungkin menanti reaksi aku seterusnya. Tersimpul senyuman menghiasi bibirnya sebaik saja aku bangkit dari katil. Sepasang matanya masih mengekoriku. Dari katil aku melangkah menghampiri meja cermin. Aku pura-pura menyisir rambut dan pada masa yang sama anak mataku cuba mencuri pandang ke luar. Namun, aku masih tidak dapat melihat bayangan Anzmeer. ‘Mella ni betul-betul ke atau sengaja mempermainkan aku’
    Barangkali digeletek rasa lucu melihat aksiku, terburai ketawa Camella. “Hai, tak payah lah nak terhendap-hendap. Macam lah aku tak masak dengan perangai kau tu.” Dia semakin galak mentertawakanku.
    Aku menjuihkan bibir sebelum menjengah ke luar jendela. Benar, dia sedang menungguku. Aku mengeluh. Lelaki itu begitu mudah mencairkan hatiku. Aku memandang Camella.
    “Kena pergi ke?” soalku kebingungan.
    Camella ketawa lagi. “Pergi je lah. Nak minta izin pulak.” Aku tersipu malu. Sekejap kemudian aku menghadap cermin. Merah mataku sudah beransur hilang namun aku tidak mahu Anzmeer mengesannya.
    “Hah, nak buat apa cermin mata tu.”
    Aku tersengih. “Nak Nampak cantik” ujarku berselindung.
    “Macam lah kita tak tau.”
    Satu persatu anak tangga aku turuni. Langkahku sengaja diatur perlahan. Hatiku masih sebal. Tapi aku tidak mahu memanjangkan rajukku itu. Cukuplah hanya sekejap kerana aku tahu rajuk berpanjangan tidak akan membawa hubungan kami keaarah kebaikkan.
    Sendu wajahnya yang menyapa mengundang sayu. Niat di hati ingin melepaskan segala yang terbuku dijiwa tidak kesampaian. Kalau tadi diriku dilanda rasa sayu kini aku terpinga-pinga saat Anzmeer memaut badanku ke dalam pelukkannya. Aku cuba menjarakkan diri darinya, tapi pautan Anzmeer begitu kejap.
    “Meer..”  kepalaku diangkat memandang sekeliling. Tidak mahu kami menjadi perhatian orang aku berkeras melepaskan diri dari pelukkannya. Aku memaut Anzmeer agar mengikuti langkahku.
    Hampir setengah jam Anzmeer diam. Tidak mahu kebisuan itu terus melingkari aku mengapai ranting kayu. Aku menmbuat lakaran yang aku sendiri tidak pasti.
    “Sorry, kalau I macam abaikan you satu minggu ni. I runsing. Bisnes ayah I hampir lingkup. Nasib baik uncle I tolong ayah. Sekarang ni ayah tengah usaha pulihkan semula syarikat tu.” Akhirnya  dia membuka mulut.
    Aku memandangnya dengan penuh simpati “Kenapa boleh macam tu Meer?” Tanyaku. Anzmeer meraup mukanya berkali-kali. Keluhan berat kedengaran dari mulutnya. Aku meraih jemarinya. Genggamanku erat memberi kekuatan pada dia.
    “Orang dalam. Biasalah manusia bila dah tamak sangat sanggup lakukan apa-apa saja. Nasib baik I dah nak tamat study. Kalau tidak, tak tahu lah macam mana.. Belanja I terpaksa dikurangkan sekarang ni. Kadang-kadang malu juga I bila nak pinjam dari kawan. Yelah kan, waktu susah macam ni takde sapa yang nak tolong I.” ucapnya dakam nada sayu.
    “I kan ada. Why you didn’t tell me about that Meer,” soalku. Sedikit berkecil hati. Aku ingin bersamanya bukan saja diwaktu senang, malah susah sekalipun aku ingin menemani dia.
    “I malu. I tak nak buat you risau. I tak mahu susahkan you.”
    “What is girlfriend for? I tak pernah pun fikir macam tu Meer. I suka kongsi apa-apa saja dengan you.  kenapa you tak pernah faham perasaan I Meer.” Pintasku perlahan.
    Anzmeer diam. Kebisuannya kali ini mendera hatiku, lantas kuraih tangannya.
    “You trust me right?”
    Dia mengangguk. “And I love you very much!”  ujar Anzmeer disusuli senyuman yang kini terpamer dibibirnya.
    Aku balas senyumannya. “Then, let me be there for you. Always!”

No comments:

Post a Comment