ALESZ ETERNITY ZONE!

welcome to my FAIRYLAND...-

Friday, 12 April 2013

naluri wanita

mengerti..
aku ingin mengerti..
mengerti walaupun rasa diri tiada erti..
namun, acapkali suara hatiku melaung
menyuarakan hasrat jiwa yang sebenarnya
batinku merintih,.jiwaku terseksa..
aku kah wanita tu?
wanita yang rapuh..
lemah kerna kaum adam..?
aku kah wanita itu,
wanita yang harus luka kerna cinta??
akukah wanita itu yang runtuh nalurinya
hanya kerana dia???
sepi..
dan sesepinya..
sampai bilakah kesakitan ini akan terhenti???

* rintihan naluri disaat hati dilanda badai cinta*
 2013/apr/13- 1.33a.m




Monday, 8 April 2013


disebalik rekahan senyuman terselit seribu satu keperitan,
disebalik hilaian tawa tersimpan secebis hati yg msh tluka,
seperti mimpi dlm mimpi kenangan itu menoreh parut lama
hingga rintihan naluri kini kembali merangkul sekeping hati 
yang akhirnya menjadi barah dlm jiwa...

*larian jemari saat kegersangan jiwa mlanda *

Tuesday, 2 April 2013

keJAMKah dia atau aku yg terlalu EGo??


diam..diam..dan diam.
saat bygnya menyapa di minda
 aku hilang arah
hulu hati terasa pedih..
rindu itu bertamu kembali
menyelinap masuk melalui celah-celah tirai hatiku..
tanpa malu perasaan kejam itu
meramas seluruh jasadku hingga payah bagiku untuk bernafas..
rapuh..rapuh..dan serapuhnya..
mengapa saat ini dia harus wujud
di dunia mimpiku
tidak cukupkah dia memporakperandakan dunia realitiku?
aku mahu hidup
aku mahu bahagia..
tidakkah dia begitu kejam
mendera perasaan halusku???
sungguh aku benci dia..
tapi aku juga cinta dia
biarpun dia memilih untuk melangkah pergi dariku..
tidakkah dia sedar teriakkan batinku
menghalang dia melepaskan segala memori yang pernah kami ukir bersama
kejam..kejam...
aku wanita punya perasaan
marahku bukan selamanya
hanya kesilapan kecilku 
dia membunuh rasa cintanya
atau akukah yang bersalah kerana keegoan yang
dicipta seketika cuma
hanya kerna ingin meraih kasih sygnya...???


11.52p.m 2013/4/2