ALESZ ETERNITY ZONE!

welcome to my FAIRYLAND...-

PENGHARAPAN dicelah KEHIDUPAN (continues episode 9-10)



d
IA  membawa aku keluar dari kawasan kolej. Sumpah..! Itu la pertama kali aku membonceng motosikal bersama seorang lelaki. Selama ini aku paling takut. Rasa gementar saat itu. Dia begitu hampir denganku hingga aku bersentuhan dengannya.Entah berapa lama aku khayal dengan duniaku.Tahu-tahu, aku sudah berada di kawasan tasik. Pokok-pokok rendah yang penuh dengan daun menghijau, bumi  beralaskan rumput segar. Kehijau-hijauan. Aku tidak pernah berada di tempat begini.setahuku, Duniaku hanya di tempat-tempat yang dipenuhi manusia sejagat. Gedung-gedung membeli belah. Aku hanya berhibur dengan cara hidupku.
    Namun, tempat ini telah memberi satu persepsi yang amat berbeza dari yang aku fikirkan selama ini. Dia membawa aku ke kawasan yang lebih redup terlindung dari panahan cahaya matahari. Kemudian mengambil tempat duduk beralaskan rumput sementara aku  sebelahnya pula. Kami masih asing di antara satu sama lain. Aku merenung jauh menunggu dia memulakan bicara.
    “Pernah datang sini.?”
    Aku menggeleng.
    Dia memandang sekeliling seolah-olah dia juga tidak pernah menjejak kaki kesitu.
    “Cantik kan..?
    Aku terdiam. “Kenapa ajak I kesini..?” Soalku perlahan.
    Dia memandangku sambil senyum. “Nak kidnap you..” Bersahaja dia menuturkan kata-kata itu. Gurauannya terlalu menyenangkanku.
    “Yela tu.. gila!..”
    Senyumannya melebar. Aku pantas mengalihkan mataku darinya.Aku tidak mahu tertarik dengan senyumannya. Dirinya dan segala-gala miliknya. Dia terlalu sempurna. Aku tak nak menjadi terlalu khayal memikirkan dia..
   Aku melihat saja Anzmeer yang tiba-tiba mengangkat tangan, berdoa dengan mulut yang terkumat kamit dan meraupkan kedua tangannya ke muka.
    “Baca doa eh..”  Tanyaku.
    “Baca doa supaya hari tak hujan. I bawa keluar anak dara orang ni tanpa izin penjaganya. Takut tak berkat pulak nanti.” Selamba saja dia menjawab. ‘Cet.. dasar muka tembok.’ Gerutuku dalam hati.
    Dia tersenyum lagi. “I gurau lah.”
    “Jangan senyum macam tu.” Aku memberi amaran. Hatiku jadi serba tidak kena apabila dia senyum mengusik begitu. Buat tidurku tidak lena malam nanti. Dia semakin galak menampakkan sebaris gigi putih miliknya yang tersusun rapi. Cantik.
    “You ni kelakar la. “ Satu persepsi baru yang keluar dari bibirnya mengenai aku.
    “Kenapa?”
    Aku sedikit hairan dengan persepsinya terhadapku. Terlalu awal untuk dia menilai aku secara luaran. Tapi sedikit sebanyak aku mengakui kebenaran kata-katanya. Ya, aku jenis yang outspoken. Lebih berani dan jangan harap orang boleh pijak kepalaku. Apa saja yang tak kena dimataku pasti akan terang-terang aku nyatakan. Dan dalam hidup aku perlukan gurauan. Hidup ini tak seharusya serius dan tak juga terlalu over. Hidup tanpa gurauan ibarat minum tanpa gelas. Itulah prinsipku.!
     Dia terdiam. Lama. Memandangku dengan sepasang matanya.
    “Meer?” Desakku tanpa sedar yang aku kini sudah memulakan kemesraan dengan memanggil dia sebegitu. Aku menjadi kurang selesa dengan keadaan kami saat itu. Dengan kata lain aku malu sebenarnya. “Stop staring me like that! ” Sambungku lagi.
    “Hmm..You know what..? You have a beautifully eyes...I expect that every time, anywhere, I can see your hazel eyes...I hope.” Aku dapat merasa wajahku merah saat itu.
    Arggh.. mengapa lelaki ini selalu membuat jiwaku kacau. Menjadikan aku tidak tentu arah tanpa pusat yang mana harus ku tuju.
    “You nak apa dari I Anzmeer?” Akhirnya terlontar juga persoalan itu dari bibirku. Ya, itulah yang sedang bermain di otakku. Apa yang dia mahukan dari aku.
    “You pulak nak apa dari I ?” Giliran dia pula yang menyoalku.
    “I nak keiklasan jawapan dari you,” Jawabku perlahan.
    “I iklas nak berkawan ngan u Ally. You pulak. Dimana you letak I, selepas Jeff atau jauh ketinggalan. Atau I sebenarnya perampas kebahagiaan you berdua. I minta maaf untuk itu Ally.”
    “Janganlah kata macam tu. You bukan perampas. I yang salah. Kalaulah you rasa apa yang I rasa Meer,”
 Matanya kelihatan bercahaya. “Then, tell me,”  Pintanya.
    “Tak semudah itu. You hadir macam tu je dan tiba-tiba memporak perandakan hidup I. You buat I tak tentu hala. I cuba untuk menidakkan tapi itulah kenyataannya..” Aku cuba untuk berterus terang tentang perasaanku padanya. Malu tapi itulah sifatku.
    Tidak semena- mena  Anzmeer Syafiq tertawa. Adakah dia menganggapku kata-kataku hanya mainan? Aku terasa hati dengan perbuatannya mentertawakan aku. Lelaki ini kadang- kadang sengaja menguji kesabaranku. Aku mendengus sedikit menjauhkan jarakku darinya.
    “You boleh ketawa dengan begitu sekali.? Seperti yang I kata kat you tadi, kalaulah  you  rasa apa yang I rasa. I sayang you. Kita baru je kenal dan I tak tau apa-apa pun tentang you. Tapi perasaan I tak dapat dikawal. Semuanya hanya kerana you Anzmeer. Tak sepatutnya I macam ni.” Apabila rasa tercabar aku lebih cenderung untuk menyatakan apa yang terbuku dihati.
    Bibirnya menguntum senyum. Lagi! Aku paling benci bila dia senyum macam itu.
    “Jangan senyum macam tu boleh?” pintaku untuk kali kedua. Bukankah tadi aku sudah memberinya amaran sebegitu. Dia ni memang sengaja membuatkan aku jadi serba tak kena.
    “Kenapa? You tergoda ke? I handsome kan Ally. Sebab tu you terpikat kat I kan?”  Soalnya bersahaja. Alis keningnya yang terangkat sedikit itu menambahkan lagi kekacakkannya dimataku. Sepasang mata yang acapkali mengundang debaran didada itu sengaja diredupkan.
    “Perasan.!”
    Perlahan- lahan bibirku menguntum senyuman. Telatahnya begitu menghiburkan hatiku. Dia begitu menarik pada pandanganku.Anzmeer Syafiq  mempunyai ketinggian yang sesuai bagiku kerana apabila berdiri aku hanya separas telinganya sahaja. Aku perhatikan dari kuku jarinya hingga ke kuku kakinya sangat bersih. Dari cara dia berpakaian amat ringkas tapi kemas. Tidak seperti lelaki lain yang gemar memakai jeans dia lebih suka memakai track bottom ataupun seluar paras lutut. Gayanya kelihatan santai dan bersahaja. Rambutnya pula dipotong kemas disisip rapi.  T-shirt yang sedikit besar pada jangkaanku saiz M  menyembunyikan bentuk badan dan otot-ototnya. Mungkin bagi orang gayanya itu langsung tidak menyedapkan tapi bagiku dia sangat istimewa. Ya, Anzmeer Syafiq sangat istimewa!
    “Macam mana you dengan Jeff?” Pertanyaan Anzmeer memintas khayalanku.  Kali ini dia kelihatan lebih serius. Tiada lagi senyuman dan tawa. Matanya tajam menatapku.
    “Kisah I ngan dia dah tamat sejak I jumpa you.” Balasku yakin.
    “You pulak? Suraya told me about Inieza...”  Tanyaku perlahan. Resah melanda hati apabila aku rasa sepasang matanya menikam ke mukaku. Aku melarikan pandangan. Hingga saat ini mata itulah tarikan utama yang tidak mampu aku lawani. Aku ‘mematah- matahkan’ jari untuk mengalirkan kegugupan.
    “She’s just a friend.”
    “Oh really? Tapi Su bagitau you couple dengan dia.”
    “Tak seperti yang mereka fikirkan.”
    Diam. Aku kehabisan modal untuk bicara. Andai benar begitu berpeluangkah aku mengecapi kebahagiaan bersamanya.? Mahukah dia meniti hari tuanya denganku? Ada gementar bermukim dihati. Namun aku selindung dengan secebis senyuman dibibir.
    “You serius nak ngan I?” Perlahan aku bersuara setelah hampir lama sepi menyelubungi. Soalanku dibalas dengan anggukan.
    “Betul you serius ngan I?” Tekanku. Aku mahu dia bersuara. Aku perlukan ucapan bukan isyarat bahasa darinya.
    “Ya, I serius. I janji ngan you yang I akan sayang you sampai bila- bila” Kata- katanya itu menerbitkan selembar bahagia di jiwaku.
    “I nak you pegang kata- kata you tu. Janji?” Seperti budak kecil aku meminta.
 Azmeer tertawa. “Ya sayang. jom I hantar you balik. Dah lewat ni.” Dia menarik tanganku. Aku hanya menuruti langkahnya. Dan, anehnya disini aku seperti tidak ingin meninggalkan tempat itu.


 *******

S
eperti yang aku jangkakan. Belum sempat pun punggung dilabuhkan pada katil, pelbagai soalan bertubi-tubi singgah ditelingaku. Buat saat ini aku belum sempat memikirkan jawapan konkrit dan aku memerlukan alasan yang relevan bagi soalan- soalan itu. Selagi aku tidak bersuara selagi itulah mereka takkan diam. Kehilangan aku sepanjang hari itu menjadikan bilik kami tidak ubah seperti mahkamah. Dimana plaintif yang terpaksa berdepan dengan seorang peguam dan seorang hakim. Ya, peguam Etyza binti Sabri dengan yang arif Niea Mirza binti Tajuddin.!
    “Just answer me in a simple word, yes or no?” Ujar Etyza dengan lagak serius.
    ‘Oh, nak berlakon ye. Boleh,’ Desis hatiku. Bagi merealisasikan lakonan mereka aku pura- pura dalam keadaan resah. Aku perasan mereka berdua menahan tawa dengan aksiku. Namun lakonan harus diteruskan juga walaupun tanpa pengarah kan? Nafas ditarik dalam- dalam. Perlahan- lahan aku bersuara.
    “Yes..” Lagakku malu-malu kucing.
    Kemudian aku dan Etyza beralih pada Niea. Deheman yang dibuat- buat itu mengeletek hatiku. Pembaris kayu di meja studiku diketuknya tiga kali.
    “Dengan ini mahkamah membebaskan plaintif namun sebagai hukuman ringan di atas kesalahan membiarkan Etyza binti Sabri dengan Niea Mirza Tajuddin mencari dalam keadaan risau sepanjang hari ini maka  anda Allydia Erza binti Tan Sri Takrul Ikram dikehendaki melaporkan segala apa yang berlaku dari A sampai Z.” Bersama dengan ayat itu jeritan nyaring pecah membingitkan suasana bilik kami.
    “You all ni saje je tau. Memaksa betul. Menyampah tau,” Rungutku setelah keadaan kembali reda.
    “Ala, takkan lah tu pun nak berahsia.Kongsilah sikit kisah cinta kau kali ini. Hey, inikah Allydia Erza yang kita kenal selama ni Tania?” Tekan Etyza. Gelengan Niea menjawab soalannya.  Jukebox yang terdapat dihatiku berlagu gembira dengan pertemuan petang tadi kini bertambah iramanya melihat telatah mereka.
     Namun aku mengambil keputusan untuk membiarkan saja persoalan yang membelengui fikiran Etyza dan Niea. Panjang langkahku diorak menuju almari baju sambil menyanyi kecil. Menyanyi lagu yang aku sendiri tidak tahu makna dan liriknya. Sesekali badanku bergerak mengikut irama muzik ciptaanku itu. Tapi tak apa, janji hatiku riang. Hari ini diisyitiharkan hari gembira.!
    “Ety, I think something wrong with she...aren’t her?” Cuping telingaku menangkap suara Niea.
    “I’ll think so..”
    Aku tergelak kecil. Biar mereka berdua buat spekulasi sendiri. Baju tanpa lengan kini membaluti tubuh kecilku. Santai dan selesa! Gelas kosong aku isikan dengan air mineral.
    “Kau ni kenapa Ally? Macam kena sampuk je. Apa budak Anzmeer tu bagi kau makan hah?!” Tegur Etyza sambil bercekak pinggang.
    “Opss… garangnya versi mak tiri,” Ujarku sambil menekup mulut. Penuh dengan aksi manja.
    “Mabuk!”
    Aku tergelak lagi. “ tak ada mabuknya minum mineral water ni. Meh sini kita minum sama-sama.”
    “Loyar buruk betul. Bengong punya kawan. Baik lagi cakap ngan kucing,” Etyza sudah mula membebel. Aku turut merebahkan badan diatas katil bersama mereka. Suasana menjadi diam bila kami memilih untuk tidak bersuara. Aku tahu mereka menanti reaksiku.
    “Cinta tu datang dan pergi sesuka hati saja kan?” Suaraku perlahan penuh dengan makna tersirat.
    “Cinta Anzmeer datang, cinta Jeff pergi. Kau maksudkan itu ke?” Niea merumuskan maksudku.
    “Tak takut ke satu hari nanti cinta Anzmeer pulak yang pergi?” Giliran Etyza pula bertanya.
    Niea menepuk bahu Etyza. “ Ish, celuparnya mulut.”
    Keluhan kecil aku lepaskan. “ Rasanya mungkin dialah yang pertama dan terakhir bagiku. Selama ni aku tak pernah serius dalam hubungan. Tapi bila dia muncul sekelip mata saja aku sudah rasa sesuatu yang tak pernah aku rasa selama ni. Aku cuba, bukan aku tak pernah cuba untuk belajar cintakan Jeff tapi entah lah..” Luahku seraya meraup muka berkali-kali.
    “Aku hanya dapat rasa perasaan itu bila bersama Anzmeer.” Nadaku kedengaran perlahan. Aku harap mereka mengerti perasaanku saat ini.
    “Kau serius ke ni Ally. Apa istimewanya dia tu sampai kau lepaskan Jeff? Kau tak menyesal ke nanti. Macam mana kalau Anzmeer.. ” Niea sengaja tidak menghabiskan ayat-ayatnya. Namun tidak susah untukku faham kata-katanya.
    Diam. Aku bangkit dari pembaringan. Melangkah menghampiri jendela. Aku bersandar sambil memejamkan mata. Pada saat-saat begini Anzmeer mampu berada diruangan mata.
    “Ally..?” Suara Etyza menampan telinga. Aku tahu mereka menunggu masa untukku bicara. Nafasku dihembus perlahan sebelum memandang mereka.
    “Dia sangat istimewa. Anzmeer sangat istimewa. Bukan saja pada pandangan mataku tapi jugak dalam hatiku. Sini. Namanya sudah pun aku pahatkan. Disini.” tekanku. Tangan dilekapku pada dada. Tepat pada hati.
    “Aku tak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Tapi aku pasti aku serius mencintai dia.  Aku sayangkan dia. Aku tau aku bersalah pada Jeff, tapi lagilah payah untukku menidakkan kehadiran Anzmeer.”
    Benar. Aku sedikit gerun bila mengingatkan apa yang akan berlaku pada masa depan. Namun tidak seharusnya aku memikirkan perkara buruk berlaku. Ya Tuhan, permudahkanlah hubungan aku dan Anzmeer. Doaku dalam hati.
     Terasa bahu disentuh lembut aku mengalih pandangan. Segaris senyuman meniti dibibir Niea.
    “Ikut lah kata hati kau. Andai dia yang terbaik teruskanlah. Apa yang penting aku nak kau bahagia.”
    “Bukan Niea je. Aku pun nak kau bahagia jugak.” Sampuk Etyza mengundang tawaku.
    “I love both of you. Thanks for care of me.” Ucapku ikhlas.
    “Bahagia itu perlu dicari bukan? Aku nak kita sama- sama bahagia.fight for love.!. lagipun korang tau kan dalam hubungan aku lebih suka..”.
Belum pun sempat aku menghabiskan kata-kata serentak Niea dan Etyza memintas. “Just follow the flow je.” Mereka berpandangan dengan aksi yang menjengkelkan. Aku tergelak. Nampaknya mereka sudah lali mendengar ungkapan itu daripada aku.
“Hah, tau tak apa. Kita tak tahu takdir ALLAH untuk kita kan?” Ujarku dalam tawa yang masih bersisa. Keceriaan seakan  kembali melingkari.
    “Okey, aku nak pergi cari Camella kejap.” Selamba Etyza berlalu meninggalkan kami. Namun sempat dia berpesan supaya aku jadi lebih serius dalam hubungan kali ini. Aku hanya mampu ketawa.
    “So, ini pilihan kau akhirnya.” Walaupun sudah aku terangkan Niea sekali lagi meminta kepastian.
    “Laa, ingatkan dah abis sesi soal jawab tadi.” Jawabku bersahaja. Niea tergelak. Melihatnya begitu aku teringatkan sesuatu ‘berita’ tentang dia.
    “Kau ada sesuatu nak bagitau aku tak?” Tanyaku.
    Dia kehairanan. “Apa aku nak bagitau kau?”
    Aku tersengih. “Betul? Satu pun tak ada benda yang kau nak kongsi dengan aku. Ala, don’ be shy. Just tell me.” tuturku manja.
    “Of course lah. Nak malu apa? Takde sebab nak malu. Bukannya aku mencuri pun,”
    Aku menjelirkan lidah. “Really? But I heard that you stall someone heart, and that lucky guy name is..?” Aku sengaja mengantungkan ayat. Wajahnya saat itu sudah bertukar warna.
    “Nah, muka merah. Malu. Betul lah tu kan. Hai, sejak bila pulak kau berahsia dengan aku ni.”  Aku sudah tergelak-gelak.
    “Mana ada. Kita kawan je lah.” Niea menafikan.
    Aku memandang Niea nakal. Nak kelentong lah tu. Macam lah aku tak tahu. Normal rupanya dia. ingatkan sampai bila- bila dia akan takut pada lelaki. Selama ini dia tidak dapat betulkan langkah setiap kali berdepan dengan kumpulan lelaki di kawasan kampus. Aksinya itu kadang-kala mengundang rasa lucuku.
    “Tersengih-sengih. Aku kawan je dengan Jimie tu.”
    “Jimie nama dia ya?” Aku semakin seronok mengiatnya.
    “Malas lah nak cakap lagi.” Niea mengelak. Dan aku hanya ketawa ceria sepanjang hari itu. Bahagianya hati. Rasa ingin berdansa sepuasnya.! Biarlah Niea dengan sikap perahsianya itu. Lambat laun dia akan ceritakan juga rahsia hatinya pada aku. Cuma perlu tunggu dan lihat saja kerana dia jenis yang ‘perlahan’ sedikit.



No comments:

Post a Comment