ALESZ ETERNITY ZONE!

welcome to my FAIRYLAND...-

PENGHARAPAN dicelah KEHIDUPAN (continues episode 5- 6)



C
UACA petang itu begitu sejuk. Langit berarak awan kelabu hinggakan sinaran matahari tidak mampu mencium permukaan tanah. Namun semua itu tidak melunturkan semangat kami untuk terus menerokai kota Paris. Sewaktu beredar dari Jardin des Tuileries untuk ke River Seinie kami terpaksa  melalui jalan raya yang dipenuhi pacuan empat roda yang datang dari pelbagai arah bertentangan.
    Bagaikan sebuah drama filem yang mana heroine melangkah  dengan pergerakan kaku dan perlahan heronya pasti akan datang melindunginya. Begitulah apa yang aku rasa saat itu. Bukan niatku sebenarnya namun diluar sedar jemariku seakan automatik memegang sesiapa saja berhampiran denganku. Atau lebih tepat lagi aku tak biasa melintas jalan seorang diri. Selama ini ada saja yang akan memimpinku. Jeffrizul juga pernah mengatakan bahawa aku perlu dipimpin seperti budak kecil.
    Entah mengapa lengan dia yang aku gapai saat itu. Perasaanku bercampur aduk. Malu, marah. Malu kerana seolah- olah aku begitu teruja menginginkannya. Marah pada diri sendiri yang tak pernah cuba untuk berdikari. Sampai bila harus aku bergantung pada orang lain?
    Aku lihat bibirnya mengukir senyuman.
     “Jom sini..” Bersama ayat itu dia mengalihkan jemariku yang berpegang erat pada lengannya. Kemudian dia memaut bahuku rapat padanya hingga kami bersentuhan.
    Sumpah saat tangan kasarnya melingkari bahuku duniaku seakan-akan terhenti berputar.Walaupun kami dikelilingi ramai orang saat itu namun, aku hanya mampu nampak dimana hanya aku dengan dia berada di tempat asing bagiku. Seluruh sukmaku bagaikan melayang jauh. Aku hanya tersedar saat dia menepuk bahuku dengan perlahan.
     “Dah sampai..”  Dia meninggalkan aku yang masih dalam keadaan termangu. Laungan Etyza menyedarkan aku kemudian. Pantas aku menghampiri mereka yang masih setia menungguku. Dan yang pasti aku melihat dia tersenyum disebalik kelompok rakan-rakanku yang lain.
    “Apasal tercegat macam patung je.” Niea menegur. Matanya yang membulat mengundang tawa kecilku.
   “Malaikat lalu tadi.” Aku menjawab selamba. Separuh berbisik.
   “Yelah tu. Jom kita ambik gambar kat tepi bridge tu.” Ujar Niea bersemangat. Dia menarik lenganku untuk mengekorinya. Pelbagai aksi gila- gila yang kami lakukan. Seperti ingin kembali ke zaman kanak- kanak juga saat itu.
   “Takkan lah you all je nak buat pose kat situ. Ambik lah gambar kita orang jugak.” Teguran itu mengalihkan tumpuan kami. Rizal dan Shahid menghampiri.
    “Jom lah I ambik gambar korang.” Tanpa disuruh aku menawarkan diri. “ Wah, Niea skemanya kau. Tadi bukan main,” usikku apabila melihat dia yang kaku ditengah- tengah antara Shahid dan Rizal.
    “Aku tengah fikirkan pose yang sesuai ni,”
    Kata-katanya yang selamba itu disambut dengan gelak tawa kami. Nampaknya dia memang bijak menyusun ayat daripada terkena. Permandangan waktu malam sepanjang River Seine itu memang menarik pada waktu malam. Lampu –lampu di setiap bangunan di sepanjang sungai dan jambatan melimpahkan cahayanya ke dalam sungai.
    Ketawaku mati saat suara Anzmeer menyapa.
 “ Hai, seronoknya.” Senyuman lebar terukir dibibirnya. Murahnya dia dengan senyuman. Bisik hatiku. Rasa debaran mengetuk takbir jiwa tiba- tiba.
    “Hey bro, jom la join sekali.” Rizal mempelawa. Dia sudah merampas kamera dari tanganku.
    “Eh, takpe lah. ” Tolak Anzmeer. Aku lihat dia turut serta duduk pada kerusi bersebelahan denganku.
   “May I have a seat?” Redup matanya saat itu memandangku. Aku menjungkitkan bahu tanda tidak kisah. Padahal dalam hati melaung hebat. Hanya jarak dua jengkal saja yang memisahkan tubuhku darinya. Kerdipan flash kamera yang tiba-tiba terarah pada kami menyedarkan aku.
    “Wah, so sweet.” Kerdipan mata Rizal kelihatan nakal. Dia membelek seketika kamera  sebelum menayangkan sekilas pada kami.
    Tembok sepanjang jambatan itu merakamkan kenangan yang paling penting dalam sejarah hidupku disamping dia.. Tersungging senyuman dibibirku. Allydia Erza pastikan kau dapat copy gambar ni. Getusku tanpa sedar.
    “Pardon?” rupa-rupanya dia dengar.
 “ You cakap apa tadi?” Tanyanya buat kali kedua.
    Ketawa yang sengaja dibuat-buatku tercetus bagi menutup malu. “ Eh, nothing. I lapar. Tu je.” Wah, pandainya aku berlakon. Tadi petang aku makan lebih dari biasa. Perut pun dah rasa sebu. Masih juga nak kata lapar.
    Dia tersenyum lagi. Senyumannya memainkan peranan tersendiri. Tahukah dia yang aku terpikat dengan dia saat ini? ‘Anzmeer Syafiq tolong jangan kocakkan asmara kasihku. Dan Allydia Erza jangan layan sangat perasaan kau nanti memakan diri sendiri.’ Hatiku mengingatkan.

*******

“t
 AK tahu. Rizal yang pegang tadi.” Shahid menjelaskan padaku. Waktu itu aku dan Tania berada di bilik hotel penginapan kami. Etyza berada di bilik lain bersama Camella dan suraya. Aku dan Niea saling bertukar pandang. Deraian tawa akhirnya tercetus.  
    “You are so careless. Mana you letak tadi. Takkan tak ingat kot. So how? You all nak tidur mana malam ni.” Aku bertanya pula pada Rizal yang masih kelu. Merah padan muka dia saat itu.
    Dia kemudian bersuara. “Rasanya I letak kat poket tadi. Tak taulah macam mana boleh hilang.” Terangnya.
    “Nantilah I tanya kat reception.” Dia menambah lagi.
    “Jom lah kita pergi sama- sama. Mana tau kena pow nanti. Biarlah kita sama-sama kena” Anzmeer bersuara. Tanpa sedar aku kagum dengan keprihatinannya. Aku segera menyembunyikan senyuman. ‘Control yourself Allydia Erza.’ Suara hatiku memberi amaran.
    Rizal menahan. “It’s okay. I pergi sorang je korang tunggulah kat sini.” Dia kemudian terus berlalu. Barangkali rasa bersalah dan harus bertanggungjawab.
    “Masuklah. Takkan lah you all nak tercogok kat luar tu.” Pelawa Niea. Aku mengangguk mengiyakan.  
    “Betul ke hilang atau korang yang sembunyikan.” Aku ragu-ragu memandang muka Anzmeer, Shahid dan Firdaus. Serentak mereka menggeleng.
    “Mana ada. Memang dia lah pegang tadi.” Pantas Firdaus mencelah.
    “Mana tau. Korang ni bukannya boleh caya sangat.” Niea mencebik. Dia kemudian menyambung semula menonton rancangan televisyen. Shahid dan Firdaus turut serta. Aku hanya menggeleng saja apabila mereka masih berdebat tentang isu kunci yang hilang itu.
    “Boleh tak bagi I nombor you..” Bisikan yang begitu hampir ditelinga sedikit mengejutkanku. Waktu itu aku sudah melabuhkan punggung pada katil tempatku.
    “Eh, I jarang pakai handphone.” Aku mula mencipta alasan. Dalam erti kata lain aku kurang senang. Kalau lelaki lain mungkin aku takkan begitu. Tapi ini Anzmeer Syafiq. Lelaki yang mengoyahkan separuh hatiku. Mana aku nak letak Jeff nanti?
    “E-mail ke?.” Dia masih berusaha.
    Aku ketawa. “ I takde e-mail.”
    Namun lelaki ini tidak faham bahasa agaknya. “So, better you bagi I nombor you kan.” Aku terperangkap dengan kata-kataku sendiri. Dalam kepayahan aku bertukar nombor handphone dengannya. Sekarang pilihan ada ditanganku. Sama ada mengabaikan atau melayannya!
    Perbualan kami tamat saat Rizal tercegat didepan pintu. Dia tersengih-sengih memandang kami. Segugus kunci dia pamerkan.
    “Malunya I. Siap bagi advise lagi. Sir makes sure you read the notice board before your leave.” Aksinya dengan  pelat perancis yang dibuat-buat mengundang tawa kami. Bukannya kami tak tahu memang sudah tertulis pada notis dekat bahagian kaunter yang meminta pelanggan meninggalkan kunci sekiranya hendak keluar.
    “You bayar ke?” tanyaku setelah kembali reda.
    Rizal mengganguk.“ Yup! Tak lah mahal.” Katanya.
    “I rasa lapar lah. Tak ada biskut ke kat sini?”  Suara Shahid tiba- tiba. “ rasa sejuk jugak ni, jom beli coffee ke?”
   “Ha’ah lah. Korang pergilah beli. Jom kutip duit. Shahid you ngan firdaus lah yang turun ye. Ally kau nak tak?” Niea beralih padaku. Dia sudahpun memegang dompet. Aku hanya mengganguk.
  “Kau bagi duit untuk aku. Dompet aku kat beg, malas nak ambik.” Aku mengeliat ala-ala kucing melepaskan lelah menjelajah siang tadi. Tinggal hanya kami berempat sahaja ketika itu.
   Tanpa menyedari, mataku meleret kearah Anzmeer. Anzmeer turut sama berpandangan denganku. Ada sesuatu yang berlaku di situ, di antara kami berdua yang orang lain tak tahu. Tipu kalau aku kata aku tidak teruja dengan kehadirannya saat itu. Namun, emosiku masih berada di tahap kawalan. Melihat akan dirinya yang turut berbaring disebelahku membuatkan aku seakan-akan dihunus pedang asmara. Satu perasaan yang tidak pernah aku rasa sebelum ini. Walaupun ada jarak yang memisahkan tapi bahangnya seakan-akan dapat aku rasai. Hangat!
    “Hey, cepatnya balik!” Suara Niea memintas khayalanku sekaligus menghentikan aliran asmara yang hampir memenuhi takat emosiku.
    “Kedai tutup. Sekarang pun dah nak midnight. Kalau ada yang buka pun jauh sangat. Tak larat lah nak pergi.” Firdaus masih tercegat di muka pintu.
    Dia kemudian berkata lagi. “ Rizal, Anzmeer, jom lah balik bilik. Shahid dah pergi tadi.”
    Aku buat-buat tak tahu saat Anzmeer menghantar isyarat bahasa padaku. Pergilah keluar cepat. Nak minta izin pulak. Pergilah. Gerutu hatiku. Aku tak sanggup melihat dia lama-lama kat situ. Perasaanku kembali lega sebaik saja pintu tertutup rapi. Suasana yang tadi terang kini bertukar gelap. Aku membaringkan badan dalam kedudukan yang selesa. Masih dapat aku hidu bau badan dia yang melekat pada tilam itu.
    “Niea...” Panggilku perlahan.
    Dalam biasan cahaya aku melihat Niea mengangkat kepala. Memandangku. “Ya, ada apa?” soalnya.
    Aku ingin bersuara. Berkongsi rasa tapi lidahku kelu. “Eh, nothing. Next time. Okay, good night.”
    “Night too..sweet dream
    Malam itu, aku tidak dapat melelapkan mata. Jam ditangan menunjukkan pukul satu pagi. Aku dihantui perasaan sendiri yang aku tidak pasti. Inikah perasaan diriku sebenarnya. Mengapa bila bersama Jeffrizul aku tidak pernah begini.? Jiwaku berkecamuk. Ya- ALLAH berikanlah aku pertunjuk. Getaran telefon bimbitku menandakan mesej masuk.  Dua kali getaran.
                                                Gud nite swet drem. Drem of me…J
    Aku merenung skrin telefon bimbitku dengan seribu satu perasaan. Seperti yang aku katakan tadi keputusan adalah ditanganku sekarang. Akurkah aku akan perasaan yang kian bercambah direlung hati atau membiarkan ianya terus layu terkulai? Aku membaca mesej yang kedua.
               Nite dear. Tired wif football. But I still had a time longing for you.. drem of me swethert-
    Dua mesej yang hampir sama tapi dari orang yang berbeza. Aku keliru. Seolah-olah perasaanku sendiri mengejek dan memainkan aku. Mampukah aku pertikaikan rasa hati ini pada dua insan yang membuatkan aku tersepit dalam jurang asmara. Egokah aku mengatakan bahawa Anzmeer Syafiq tidak dapat menakbir lurah cintaku.? Kejamkah aku seandainya Jeffrizul sudah tidak punya tempat lagi dalam hatiku.? Tak semena- mena setitis air mataku jatuh tanpa dipinta. Jeffrizul…maafkan I. I tak dapat sekat perasaan ini. Anzmeer Syafiq maafkan I. I tak tak nak lukakan hati Jeffrizul. Dan Aku merintih dalam kepekatan malam.
    Dua hari selepas itu, kami kembali semula ke kampus. Segalanya berjalan seperti biasa. Aku dengan hidupku seperti sebelumnya. Senyuman Jeffrizul yang menyambut  kepulangan aku selepas ‘meninggalkannya’ beberapa hari aku balas ikhlas. Semangat yang hampir hilang aku raih kembali. Hati Jeffrizul terlalu suci untuk disakiti. Aku paksa diriku mengakui bahawa perasaan aku pada Anzmeer hanya untuk seketika. Pernah sekali aku terserempak dengan dia ketika bersama Jeffrizul. Aku dapat lihat ada ‘sesuatu’ yang hilang dari raut wajahnya. Dan perkara yang aku paling tidak sangkakan rupa-rupanya dia kenal baik dengan Jeffrizul.  Aku sedar dia mula menjauh dariku selepas itu.
      Namun satu perkara yang aku bingungkan, dalam kesibukkan aku sebagai seorang pelajar, kenapa wajah Anzmeer kerap kali menyapa.? Macam mana sekalipun aku usir, dia tetap  menari-nari diruangan fikiranku. Malah tanpa segan silu menemani tidurku. Menodai mimpi-mimpi indahku. Apa mungkin benarkah antara aku dan dia ibarat embun pagi yang hilang sesudah mentari pagi menyinari.? Atau lelaki yang bernama Anzmeer Syafiq itu hanya ingin menguji diriku.? Ya ALLAH aku baru sedar akan itu. Macam mana jika benar dia berniat untuk mendera perasaanku.Tapi kenapa aku masih merasakan ‘tarikan’ itu tetap kuat pada dirinya.? 

No comments:

Post a Comment