|
A
|
KU merenung jauh kearah
cakerawala malam itu. Hatiku rasa sunyi. Sepi. Apakah aku menyesal dengan
keputusanku? Aku terasa bersalah pada jeffrizul. Tapi aku tak boleh kembali
padanya Dia bukan untukku. Itu aku pasti sangat saat dia meninggalkan aku tanpa
menjaga setiap perasaanku. Dia tidak layak untuk menjadi raja yang memerintah
seluruh kerajaan hatiku. Dia gagal! Pergilah
Jeff, bebas semungkinnya. Kenangan kita biarkah terkubur disini. Takkan
ada yang tertinggal.
JEFFRIZUL
takkan mampu bersambung dengan ALLYDIA ERZA. Kita serasi bersama tapi bukan
untuk sehidup. Khayalanku terhenti saat telefon bimbitku berbunyi. Menandakan
isyarat mesej masuk. Dengan malas aku menggapainya. Mesti Jeffrizul ni. Jeff ni
tak faham bahasa ke?
Jangan sedih ye..J
Tekaanku meleset. Sebaris ayat itu
mengundang senyum dibibirku. Dia muncul kembali. Lelaki ini selalu menguji
hatiku. Dia akan muncul tanpa aku sedar. Kadang-kadang akan pergi tanpa aku
ketahui. Anzmeer Syafiq… kalau lah kau rasa apa yang aku rasa.
Thankz…I xkn sdih..
Perlahan jemariku membalas. Saat itu aku
tahu hanya dengan sebaris ayat dia sudah menambat seluruh jasadku. Hanya dengan
sebaris ayat juga dia sudah menunjukkan apa yang menjadi harapanku. Aku semakin
hilang dari dunia realiti. Aku sudah membayangkan yang dia akan menjadi raja dan aku permaisurinya.
Meskipun istana kami hanyalah pondok kecil aku tahu dia tetap akan mencintaiku
selamanya. Rasa bergetar hebat naluri hatiku saat namanya tertera di skrin
telefon bimbitku memanggil.
“Hai..?” Lembut nada suaranya menyapa
pendengaranku. Aku semakin hilang arah. Terasa ingin menjerit memanggil namanya
sepenuh hati. Jiwaku dipagut debaran yang mengila.
Aku mula tenang menyambut sapaannya. “Anzmeer,
kenapa you call,. tak tidur lagi
ye..?” Opss…soalan bodoh itu pulak yang terkeluar dari bibirku. Aku mendengar
dia ketawa kecil. ‘ermm…betapa dia begitu menyenangkanku hanya dengan tawanya.’
“Ni masih awal lagilah.. you baik-baik aje
kan?” Suaranya perlahan. Mungkin tidak mahu menguris hatiku. Betapa pandainya
dia menjaga hatiku.
“Erm…I’m
fine. Thanks you.” Balasku. Debar didada kian surut. Aku sudah mampu mengawal
perasaan bahagia ini. Bahagia kerana dia. Itulah yang aku rasa saat ini. Desah
nafasnya dapat kudengar. Kebisuan dia di hujung sana meresahkn naluri wanitaku.
“Ally,
I ingin melangkah jauh lagi bersama you boleh?”
Saat itu juga aku hilang dalam duniaku. Aku
tahu aku sudah menobatkan dia menjadi nafasku kali ini. Dia sebahagian dari
hidupku. Aku hanya mahu hanya dia yang menyimpan separuh nafasku. Dan begitu
juga hanya aku yang layak menjadi nafasnya. Aku rela dia membawa sayapku
sebelah. Aku benar-benar rela. Aku tahu aku inginkan dirinya dengan harapan
sisa cinta yang terlalu agung. Rasa cinta itu kini seolah-olah menjadikan aku
seperti hamba cinta.
|
D
|
EBARAN didada kian berdentum saat aku membuka mata
pagi itu. Aku bangkit dari pembaringan dengan seribu satu perasaan Diluar
jendela aku dapat menyaksikan matahari yang menyimbah masuk melalui celah-celah
langsir dan, saat itu juga seraut wajah itu melintas seketika dimataku.
Tak sanggup untuk terus
hanyut dalam lautan kasih yang kian mengila, aku lantas melangkah kearah bilik air. Menyimbah tubuh kecilku dengan
air. Mencari ketenangan dalam keadaan yang menggigil. Usai mandi aku menghayun
kaki kearah dapur. Ketika melintas bilik Niea dan Etyza aku tahu mereka belum
bangun lagi. Hujung minggu memang hari malas bagi kami. Hanya aku saja yang
tiba-tiba seawal begini bangun. Pintu peti ais kubuka. Cuba mencari apa yang
sesuai untuk disediakan sebagai sarapan pagi. Aku mengambil tiga biji telur, macaroni dan beberapa keping roti bakar.
“Wow..!
Ety… kau tau tak apa mimpi kawan kita bangun seawal begini?” Jeritan Niea di
muka pintu dapur mengejutkan aku ketika itu. Segera aku menoleh. Terjengul
wajah kedua-dua mereka disebalik pintu. Sengihan Etyza menghantar isyarat
padaku. Aku melototkan mata. Pura-pura marah. Meledak ketawa mereka memecahkan
hening pagi itu. Kelibat Camella masih tidak kelihatan. Pasti sedang enak
bergulung dengan selimut. Pasti!
“Orang bangun awal pun masih nak komen…” Aku
bersuara.
“Tak lah, Cuma heran je.. kan selalunya kau
tu yang paling liat nak bangun pagi.” Balas Etyza. Mereka berdua sudah
mengambil tempat duduk. Menghadap sarapan yang telah aku sediakan.
“Mella masih belum bangun lagi eh..” gumam
Niea sambil lehernya dipanjangkan mengintai andai kelibat Camella terlayar di
ruang mata.
“Masih belum keluar dari kepompong lah
tu.” Etyza berseloroh.
Tania menjeling.“Ingat dia tu rama-rama
ke.” Berpadu tawa Niea dan Etyza. Aku hanya mengeleng melihat telatah mereka.
Aku membuka suara. Memberitahu tujuan
sebenar,”Aku nak keluar sekejap nanti.” Bagaikan seorang pesalah yang hanya
menunggu masa untuk dijatuhkan hukuman, mereka merenung aku tanpa berkata-kata.
Namun seketika kemudian mereka berpandangan kemudian menepuk dahi.
“Oh,
no…” Serentak Niea dan Etyza menjerit. Bagaikan sudah tahu apa yang ingin aku
sampaikan mereka berdua sudah memberi isyarat ‘X’ padaku. melampau betul mereka
ni. Aku mengomel..
“Hei, aku nak gi library la nanti, yang kau dua ni fikir lain-lain ni nape?..” Aku memberitahu tujuan sebenarku.
“Oh, ingatkan ada anak ikan yang kau
dapat..” leret Niea memprovokku. Diam menjadi jawapanku.Tersenyum kecil kemudian
aku lantas bangun membawa piring kearah sinki.
“Aku chow dulu ye… Niea kau cuci piring tu
ye..” Aku menghadiahkan flying kiss
pada mereka dua. Sepantas mungkin melangkah. Aku tidak mahu diserangi
soalan-soalan cepumas mereka. Terutamanya tentang ‘dia’!
AKU menelusuri jalan menuju ke kawasan
kampus dengan perlahan.sapaan angin pagi tanpa segan silu menodai badanku yang
hanya dibaluti baju tanpa lengan bertali halus membuatkan aku kedinginan.fikiranku
kembali melayang jauh pada saat pertama kali aku menemui ‘si dia’.
Aku masih ingat waktu itu. Waktu yang
membuatkan aku merasa tidak selesa buat pertama kalinya. Selama ini apa yang
aku inginkan pasti dalam genggaman. Selama hidupku, aku tidak pernah merasakan
ketidakpuasan hati bila sesuatu perkara tidak berjaya aku miliki. Tapi kali ini
aku mula merasainya. Hanya kerana dia yang ku kenali Anzmeer syafiq.! Apa yang paling mendasyatkan aku tiba-tiba
tertarik untuk mengenalinya. Semakin kuat perasaanku bergelora saat dia
memegang bahuku dengan lembut. Fikiranku kini menerawang pada saat sekeping
hati milikku yang dicurinya pada dua bulan lepas.
SEKITAR HOTEL DES INVALIDES, 2 BULAN LALU
MASIH jelas di mindaku saat percutian yang
aku dengan Niea rancang ke kota London musim sejuk akhirnya mengubah seluruh
rentetan diari hidupku. Percutian yang disertai oleh beberapa kawan-kawan lain
yang kebanyakkanya dari Malaysia itu ternyata meninggalkan kesan mendalam dalam
diriku. Bukan kerana bilangan kami melebihi percutian sebelum ini. Bukan. tapi
kerana ada sesuatu yang mengganggu konsentrasiku tika itu. Ya. Kehadiran dia
yang menarik pandanganku tanpa kusedari. Ketika itu rombongan kami sedang
menjamu selera di Barista Café House
berhampiran dengan hotel penginapan kami. Aku tak sedar berapa lama aku
‘menyerang’ dia dengan anak mataku. Sehinggalah Niea menegurku.
“Tengok tu. Radar Ally dapat kesan
sasaran.” Niea bagaikan mengerti pandanganku yang jatuh pada seraut wajah
tenang itu.
“Sasaran? Sasaran apa? Mana?” Etyza bertanya memandang kearah aku dan Niea silih
berganti. Kehairanan terpamer pada wajahnya. Sekali sekala dia melingas
pandangan sekeliling kami. Suraya yang bersama kami saat itu turut berbuat
demikian.
“Otak dia ni memang lembap sikit..” Aku
hanya ketawa kecil saat Niea berbisik kecil pada suraya tapi masih mampu didengar olehku.
“Tujuh meter dari tangan kiri aku meja ketiga dari arah utara.” Beritahuku
dengan suara yang sengaja dilunakkan. Melotot mata Etyza.
“Oh, senior aku la tu.” Sampuk Suraya tiba-tiba.
Berputar 90 darjah kepalaku saat itu. Memandang suraya. Jiwaku melonjak ingin
mendengar lebih lanjut lagi akan ‘sidia’.
“Anzmeer Syafiq. Post-graduate.. ni tahun akhir dia la tapi dengar cerita dia couple ngan budak sama major ngan aku.
Inieza kalau tak silap aku nama dia. Alah, kenal- kenal macam tu je, tak rapat
mana pun…” kata Suraya meleret.
“Oh ” Hanya itu yang mampu keluar dari
bibirku. Sedikit terkilan. Baru saja aku berangan-angan memulakan langkah
pertama tapi hasratku tak kesampaian.
‘Tak apa Ally belum
cuba belum tahu. Lagipun cerita Suraya belum pasti kesahihannya.’ Suara yang
mengerti perasaanku kedengaran.‘Ha..ha..ha..betapa bodohnya kau Allydia Erza
bermimpi di siang hari. Satu suara lain mentertawakan aku. Arghh! Keluhan berat
aku lepaskan.
“Rizal yang ajak dia ikut trip ni. Lagipun kan korang jugak yang promote ari tu nak ajak siapa-siapa je
yang nak ikut jelajah kota London ni.” Suraya berterusan menyampaikan maklumat
tanpa diminta. Ya, aku masih ingat sengaja aku dan Tania mengajak member tanpa
kira siapa- siapa asalkan pelajar dari Malaysia kerana kami berpendapat dengan
perpatah ‘The more the merrier.’
“Melepaslah kau Ally” Usik Camella yang
lebih banyak diam dari tadi. Aku hanya ketawa kecil.
“Hey, Jeff kau nak letak kat mana? Kenapa
dia tak ikut ye?” Pertanyaan Suraya mematikan tawaku. Aku tiba- tiba sedar yang
aku sudah ada teman lelaki saat itu. ‘Ufh.., betapa dahsyatnya chemistry yang budak itu alirkan padaku sampai
aku mampu lupakan Jeffrizul dari ingatanku.’
“Ya tak ya jugak kan. Last minute Jeff ada latihan football
team. Ha’ah mana kau nak letak si Jeffrizul tu.” Etyza turut mengiakan.
“Simpan dalam poket” Selamba saja kata-kata
itu aku ungkapkan. Kemudian aku lantas berdiri.baru saja aku hendak memulakan
langkah kedengaran namaku dipanggil. Aku kembali menoleh.
“Ally, you nak kemana tu?” Soal Rizal
sedikit melaung.
“I nak pergi hotel jap.. rehat. Lagipun
kita keluar jalan jam 4 nanti kan? So, apa lagi bendahari you bayar la. Jumpa
lagi petang nanti.” Aku sedar sepasang mata milik si ‘dia’ merenungku tajam
saat itu. Rasa malu tiba- tiba menerjah. Aku tidak betah berdiri lama lagi kat
situ “ I pergi dulu da..”
No comments:
Post a Comment