|
M
|
ungkin begini
rasanya jatuh cinta. Apa-apa saja yang berkaitan dengan Anzmeer dalam diam aku
cuba pelajari dan fahami. Segalanya tentang dia aku semat di fikiran. Bagaikan
diburu rindu aku terus hanyut dalam badai asmara. Masa yang terluang sentiasa
digunakan sepenuhnya oleh aku dan Anzmeer. Bila rindu meluap, kami sentiasa mencuri
peluang yang ada untuk meleraikannya. Minggu peperiksaan hampir tiba. Dalam
tempoh masa ini aku terpaksa melepaskan dia buat sementara waktu. Namun, dia
sentiasa ada memperuntukkan masanya buat diriku.
“Lamanya?” Rungutku saat memboloskan diri ke
dalam perut kereta. Hatiku geram. Hampir dua jam menunggu. Malam tadi beria-ia
dia mengingatkan agar bersiap awal.
“Sorry
sayang, Johar minta tolong hantar dia pergi bandar tadi.” Pujuk Anzmeer. Dia
mengelus tanganku.
Aku mendengus. Hatiku mendongkol geram.
Tanganku segera dilarikan darinya. Pandanganku sengaja dilontarkan pada luar
cermin kereta. Salah satu sifat dia yang paling aku tidak gemari. Dia lebih
mengutamakan orang lain dari aku. Tahukah dia yang aku rindukan dia
sangat-sangat? Dia bagaikan tidak mengerti perasaanku.
Suasana kini hening. Tiada patah kata yang
keluar dariku mahupun dia. Perasaanku semakin walang. Tidakkah dia mahu
memujukku? Rinduku padanya menderu-deru tetapi kenapa dia seolah-olah tidak
merasai perasaan ini? Tanpa sedar ada air mata yang membasahi pipiku. Sungguh
aku terkilan dengan sikapnya. Aku hanyut dengan kekecewaan itu.
Anzmeer mengeluh. “Kenapa ni?” Tanyanya
dalam nada perlahan. Aku baru sedar yang dia sudah menghentikan kereta di bahu
jalan.
Aku mendiamkan diri.
“Marah I ke ni?” Dia bersuara lagi. Kali
ini dia memaut lenganku supaya menghadapnya. Aku hanya tunduk. Masih tidak rela
memandangnya. Kata-kata seperti itu lah
yang aku dambakan darinya sejak tadi.
“Siapa I pada you?” ujarku. Keluhan keluar
dari bibirnya.
“Kenapa tanya soalan macam tu?. You tak
percayakan I lagi? I sayangkan you Ally. Segalanya untuk I.” Dia cuba
meyakinkanku.
“You selalu lebihkan kawan dari I. Kadang-
kadang I rasa macam you tak sedar akan kewujudan I. dunia you hanya dengan
kawan saja.” Aku semakin emosional. Kelopak mataku terasa hangat.
Keluhan kedengaran lagi. “Sini, Pandang I.”
arah Anzmeer padaku. “Lah, kenapa nangis ni.? Sshh..don’t cry sayang. I’m
sorry.” Aku sudah tenggelam dalam pelukkannya. Dia biarkan aku menangis
seketika. Entah kenapa aku begitu sensitif kebelakangan ini? Lama kami dalam
keadaan begitu sehingga perasaanku kembali reda.
“I’m
sorry. I tak tau kenapa ngan I sekarang ni. Tak sepatutnya I tanya you
macam-macam.” Pintaku perlahan.
Dia memandangku. “What wrong with my baby today?” suaranya. Dia mengesat pipiku. Lama
pandangan matanya menikamku.
Aku merenggangkan pelukan. Tak sepatutnya
kami dalam keadaan sebegitu. Tetapi sebagai seorang wanita aku punya naluri
untuk dibelai dan dimanja lelaki itu.
“Kita tak patut buat macam ni,”
“I tahu.”
Dia masih enggan melepaskan aku. “Tapi I
nak kita macam ni sekejap” pintanya.
“I rindukan you sangat. Dah lama kita tak
jumpa. Tapi you macam tak rindukan I.” luahku akhirnya. Dadanya sudah menjadi
sandaran kepalaku.
“Who
say? I miss you too.” Balas Anzmeer. Dia Nampak tidak puas hati dengan
kata- kataku.
Aku mula merasa senang dengan tingkahnya.“I want to ask you something.”
Beritahuku, sedikit tegas.
“What?”
“I kurang senang bila you buat macam tadi.”
Dia mengerutkan dahi. “What did you mean?”
“You selalu pentingkan kawan dari I.” aku
menerangkan. Aku tidak mahu keadaan seperti itu berulang lagi.
“You lebih penting bagi I, Ally. You
sentiasa ada disini.” Dia menunjukkan kepalanya. Pada fikirannya. “You ada
disini. Sampai bila-bila. I mahu hidup dengan you” tangannya diletakkan pada
dada.
Aku memandangnya. Perasaanku sedikit tersentuh.
“I cintakan you Meer. Cintakan you sangat.” Tanpa sedar aku memelukknya erat.
Kalau lah dia tahu betapa dalamnya kasih ini terhadapnya.
“You boleh janji ngan I tak?” ujarnya
tiba-tiba. Moodnya kelihatan kembali ceria. Dia meraih tanganku. Senyumannya
masih menghiasi bibir merah yang tidak dinodai oleh rokok itu. Ahh, lelaki ini
terlalu murah dengan senyuman.
“I nak you tunggu I. you mesti sayang I
saja. Tahun ni tahun akhir I. Mungkin
lepas tu I kena balik Malaysia. Jangan main mata ngan laki lain. I cabut kuku
kaki you kalau you buat jahat.” Kata-katanya yang bebaur ugutan itu menimbulkan
rasa lucu padaku. Mulutku terkatup rapat. Pipiku dikembungkan. Jemariku menutup
mulut, cuba menahan tawa.
“Hah, jangan nak ketawa, I serius ni.” aksinya
memikat hatiku.
“You nak cabut kuku kaki I? mana boleh
macam tu. Jahat lah you ni” Provokku. Tidak mahu mengalah.
“Nah, jadi jangan cuba-cuba nakal ye. I
seksa you betul- betul kalau you curang. Janji ngan I,” Lagaknya saat itu tidak
ubah seperti anak kecil. Comel.
Kutatap wajahnya dengan penuh kasih.” I
akan tunggu you tujuh tahun. I janji. I takkan buat jahat dibelakang you. I nak
hidup ngan you, menghabiskan sisa-sisa hidup I hingga ke hari tua hanya dengan
you” janjiku padanya. Pada diriku juga. Aku mengaitkan jari kelingkingku dengan
jarinya.
Dia senang hati mendengar jawapanku “You
sayang I?” Nadanya kedengaran mesra dan romantis.
“Lebih dari segalanya”
“you cintakan I?”
Aku mengangguk. “Apa adanya” balasku.
“You percayakan I?”soalnya lagi.
“Lebih dari diri sendiri.” Jawabku penuh
yakin. Sesungguhnya tiada kesangsian akan kasihnya terhadapku. Dia lelaki
pertama dan terakhir dalam angananku untuk bersama menganyam bahagia hingga ke
nafas yang terakhir. Insya-ALLAH.
“Bila I dah balik Malaysia I nak kumpul
harta pastu bila dah cukup I akan datang lamar you. Kita rancang untuk diri
kita. Kita kahwin, you jadi mama dan I jadi papa.” Betapa jauhnya anganan yang
Anzmeer lakar bersamaku.
Perasaanku mula emosional bila Anzmeer
punya rancangan seperti itu. Sungguh aku ingin menjadi isteri yang sempurna
dimatanya. Ibu yang penyanyang bagi anak-anaknya. Sumpahku dalam hati. Dan
janjiku itu termaktub saat bibirnya menyentuh bibirku buat kali pertama bersama
lelaki yang bernama kekasih.!
|
D
|
emi terpandang sesuatu
yang aku cari, senyuman meniti dibibirku. “Jom ikut aku pergi kedai tu.” Tangan
Tania aku tarik. Terpingga-pingga dia dengan tindakanku namun masih menurut.
Mataku terpaku pada jam tangan berwarna putih disebalik cermin kaca itu. Lama
aku meneliti bagaikan terpesona.
“I fall in love Niea…”
Suaraku meleret.
“Again?
Kali ni pada siapa? Kan kau ada Anzmeer…” berkerut dahi dia.
Aku ketawa. “Aku jatuh cinta pada jam ni
lah..” terangku masih dengan sisa tawa yang masih berbaki.
“Tu yang kau cari sampai berjam-jam kita
jalan dari tadi?” Niea seolah-olah tidak percaya. Aku menggangguk tanpa
melarikan mataku dari jam itu. Ketiadaan Anzmeer sepanjang minggu itu aku
habiskan masa berjalan bersama Niea. Itulah satu-satunya cara aku melepaskan dirinya
daripada menyeksa aku kerana merinduinya.
“Untuk Anzmeer ke?” Niea meneka walaupun
sudah sedia maklum akan hakikat itu.
“Ya.. hanya dia yang aku ada.” Aku
berseloroh. Niea menjelirkan lidah padaku. Selesai membuat pembayaran kami menaiki
teksi untuk kembali ke kampus. Sepanjang hari itu aku hanya menghabiskan waktu
bersama teman-teman di dalam bilik penginapan kami. Belajar di dalam jurusan
yang sama menjadikan kami senang berbincang perihal pengajian. Hanya Camella
saja yang mengambil jurusan landskap and
management.
“Boringnya,
sampai bila kita nak terus macam ni. Pagi sibuk dengan kuliah. Petang korang
ada aktiviti masing-masing. Minggu ni takde life
langsung lah. Dah lah pergi jalan tak ajak aku.” Camella mengomel memandang aku
dan Niea. Buku tebal yang menjadi penemannya dari tadi kini ditolak ke tepi.
Kami tertawa mendengar omelannya.“Ally yang
tiba-tiba ajak aku keluar tadi. Awal-awal lagi dah kejutkan aku.” Niea
mempertahankan diri.
“Sorry
ye. Next time,” kataku dengan riak selamba. Punat kawalan jauh aku tekan.
Beberapa kali. Mencari siaran yang berkenan dihati. Sekadar mencuci mata yang
seharian berhempas pulas menghadap buku dan
laptop.
“Macam mana ye agaknya keadaan kita dua
puluh tahun akan datang,” Pertanyaan Camella membuatkan aku dan Niea
berpandangan. Topik yang berbangkit sedikit menarik minat kami. Tumpuan kini
sudah tidak lagi pada nota-nota yang berselerakkan.
“Perut gayut, beranak pinak.” Ujarku dengan
nada bersahaja. Meledak ketawa memenuhi ruangan tamu.
“Ha’ ah, aku sokong kau Ally.” Niea
berpihak padaku. Camella menjeling.
“Orang serius tanya ni.”
“Orang pun serius jawab.” Balas aku dan
Niea serentak.
“Aku tak nak lah macam tu. It’s impossible. Aku nak jadi artis
jadi badan aku maintain jer. Aku nak menghibur para peminat. Menyanyi sana,
menyanyi sini.” Camella sudah mula memasang angannya.
“Goyang sana, goyang sini.” sambung Niea
berjenaka.
“Perli lah tu. Kita sama-sama jadi artis
lah ye. Buat recording lagu. Ramai
peminat seronok tau” Camella memujuk.
“Kau sorang je lah. Terkinja-kinja kat atas
pentas tayang body. Geli aku. Ijazah
kau tu nanti taruk buat pekasam lah ye. Kenapa tak kau ambik je film dulu. Tak pun communication ke, Ni landskap
and management pulak. Aku dah ambik Business
Admin so confirm akan jadi managing
production kat company abah aku.
Malas nak fikir kerja lain lagi.” Tolak Niea.
Muncung sedepa Camella. “Parents aku suruh. Alah, jadi artis tak
semestinya tayang body. Aku ikut lah
fesyen terkini. Aku nak jadi artis wanita melayu yang terakhir penuh dengan
kesopanan.”
Aku tersenyum dengan telatah mereka. Dari
sofa aku beralih ke lantai turut berbaring beralaskan perut Camella. Aku hanya tertawa
bila dia menolak kepalaku.
Suasana hening. Niea dan Camella kembali diam.
Barangkali merangka masa depan yang rak tercapai dek akalnya. Hanya suara dari
peti TV yang kedengaran. Rancangan televisyen yang aku ikuti dari tadi kini
sudah tidak aku tahu pangkal ceritanya.
“Kalau aku kan, mungkin aku ada bakery sendiri. Aku nak buat roti ban.”Tanpa
dipinta aku meluahkan impianku.
“Kau kan kena kerja dengan ayah kau.” Niea
menyangkal.
Aku melepaskan keluhan. Ya, itulah hakikat
yang tidak dapat aku pertikaikan. Dari kecil ayah dan emak lah yang mengatur
hidup kami adik beradik. Kami tidak pernah berpeluang untuk menyuarakan hasrat
hati. Ayah begitu tegas dengan segala keputusannya.
“Entah
lah. Aku rasa aku tak nak kerja dibawah ketiak ayah. Dari dulu aku kena dengar
apa parent aku nak. Tak ada langsung ruang untuk aku luahkan apa yang aku nak.
Lagipun kakak dan abang aku kan ada uruskan syarikat tu.”
“Kalau parents
kau tak kasi, macam mana?” Tanya Camella.
“Entahlah Mella, tapi aku pernah bagitau
Anzmeer tentang itu. Dia okay saja.
Dia suka bila aku kata macam tu.” Jawabku dalam nada yang berbaur hiba.
“Belum apa-apa lagi kau dah banyak rancang
ngan dia. Apa lagi yang kau rancang dengan Anzmeer?” soal Niea menghidupkan
kembali keceriaanku. Aku tersenyum pada dia tanda berterima kasih.
“Mestilah. Banyak yang kami dah rancang.
Tengok lah nanti.” Ujarku berahsia.
“Kongsilah. Gitau apa rancangan kau. Mana
tau aku pun nak ikut.” Camella seakan mendesak.
Aku tersenyum-senyum. “Macam-macam yang aku
rancang. Tak boleh didedahkan. Titik!” Bantahku sebagai tanda tidak mahu
rahsiaku terbongkar. Biarlah hanya aku dan Anzmeer yang tahu.!
“Rancang apa? korang bualkan apa dari tadi”
soal Etyza yang tiba-riba muncul sambil menguraikan rambutnya dengan tuala.
Wajahnya terpamer kehairanan.
“Soal ekonomi Negara yang merosot. Harga
minyak yang naik di pasaran. Tepung mendadak naik sekilo.” Camella berseloroh
sambil mengenyitkan mata pada aku dan Niea.
Etyza mengangguk. “Patut lah nampak serius
sangat.” rumusnya mempercayai kata-kata Camella.
“Nampaknya terpaksa lah berjimat kali ni,”
tokoknya lagi. Ketawa yang tadi ditahan terhambur juga.
Etyza menjerit setelah menyedari. “Korang
kenakan aku kan?” Dia membulatkan mata.
“Tau tak apa..!” balasku dalam
tergelak-gelak.
No comments:
Post a Comment