ALESZ ETERNITY ZONE!

welcome to my FAIRYLAND...-

PENGHARAPAN dicelah KEHIDUPAN (continues episode 7-8)


S
EJAK itu aku seakan akan tercari cari gerangan dirinya. Kenapa mudah sahaja aku tertarik padanya? Payah sungguh untuk membuang bayangannya dari ingatanku. Apakah aku jatuh cinta pandang pertama? Tapi bagaimana perasaan aku terhadap Jeffrizul selama ini? Bukan cintakah itu.?. Mengapa hanya lelaki ‘itu’ yang bisa menerbitkan perasaan itu padaku? Benarkah kali ini aku jatuh cinta dalam erti kata yang sebenar.
    Ah..cinta?
    Takkan lah. Bermain cinta mungkin. Oh tidak! Aku tidak jatuh cinta padanya.cinta? Selama ini aku rasa ingin termuntah mendengarnya. Apatah lagi mengalaminya.tapi…ah..!
Jefrizul?
    Aku tahu aku bersama dengan Jeffrizul hanya untuk peralihan semata. Bukan serius manapun. Sekadar untuk mengisi masa lapang. Jahat! memang aku jahat. Tapi itu untuk kepentingan diriku juga. Aku berhak untuk memilih siapa yang layak menjadi putera hatiku. Jeffrizul sendiri sudah sedia maklum yang aku tak pernah serius dalam perhubungan. Namun dia tetap rela menunggu sehingga hatiku terbuka. Dia belajar untuk memikatku dan aku belajar untuk cintakan dia. Itu yang selalu dia katakan. Anehnya  aku tidak pernah merasa jiwaku berkocak tatkala bersama dia.
    Lamunanku terhenti saat sehelai daun kering melayang jatuh meragut semua khayalanku. Aku merenung ke depan. Tiba-tiba mood untuk melangkah ke perpustakaan mati. Aku melabuhkan punggung pada kerusi berhampiran.dengusan nafas kecil keluar dari bibirku.
    “I takde apa-apa ngan dia. Just friend je. So, jangan tanya I lagi.” Itulah yang aku katakan pada Jeffrizul minggu lepas. Waktu itu hubungan kami kian berantakkan. Semuanya hanya kerana ‘dia’. Peliknya hatiku tidak bahagia saat menuturkannya. Mengapa? Terasa luluh lebur jiwaku hingga tidak mampu diselamatkan. Benarkah dia hanya kawan?
    “Betul? You ngan dia hanya kawan? Jadi you pilih untuk bersama I?” Aku lihat terpancar riak gembira pada wajah jeffrizul.
    “I don’t think I need to repeat that.”Tegasku.
    Jeffrizul menghampiriku. “I sayang you sangat. Kita perbaiki hubungan kita. I ada kelas petang ni. You tunggu I keluar nanti ye.” Aku hanya mengangguk perlahan. Inikah pilihanku? Hingga kini aku masih ragu-ragu dengan keputusan diriku. Mengapa sukar rasanya memujuk diriku bahawa aku dan Anzmeer sekadar kawan?
    Seperti yang dijanjikan aku menunggu Jeffrizul lewat petang itu. Tika langkahku menghampiri dewan kuliah mataku terpanah pada dua susuk tubuh yang keluar seiringan. Ah, apa lagi yang Jeff bualkan ngan dia. Hatiku memberontak diam. Apakah Jeffrizul ada motif lain? Saat itu juga matanya bertemu dengan mataku. Pantas aku melarikan pandangan.Tidak sanggup!
    Rasa kerdil kiranya aku memandang dia. Aku dapat merasakan bahawa hatiku terluka. Apakah dia juga sama.? Jeffrizul tersenyum mesra padaku. Bibirku hanya mampu membalas hambar. Namun, aku pasti ekoran mataku menemani Anzmeer yang kian melangkah jauh. Sakitnya ya  ALLAH.
    “Bualkan apa tadi?” Soalku.
    “Men talked. need not to know dear.” Jeffrizul masih dengan senyumannya. Dia mencuit hidungku. “Okey, you nak apa ari ni?”
    Aku hanya menggeleng. Tidak seperti selalu aku sepatutnya ada-ada saja benda yang aku nak untuk Jeffrizul dapatkan. Cadbury, novel, anime dan apa- apa saja yang berkenan dihatiku. Malah buku rujukan di perpustakaan pun aku minta dia yang ambil tiap kali aku perlukan. Dia memandangku hairan.
    “Betul ni? Seriously?” Dia ragu-ragu. Jeffrizul kemudian mengeluh.
    “You marah I ke ni?” ujarnya perlahan.
    Tiba-tiba terbit rasa bersalah dalam diriku padanya. Dia terlalu baik melayan karenahku selama ini. Jeff tidak tahu apa-apa. Hanya aku yang bersalah. Bagaimana harus aku memberitahu dia sekiranya aku sendiri menidakkan kenyataan bahawa dalam diriku bukan dia tapi insan lain? Apa yang termampu aku lakukan saat itu hanyalah menggeleng.
    “Habis tu, kenapa diam?”
    “Kerana kalau bercakap akan melukakan hati kita ” Kata-kataku bagaikan menusuk diriku sendiri hingga parah yang teramat. Mustahil Jeffrizul tidak memahaminya. Rasa kesal menerpa kembali. Kenapa  aku macam ni?
    “Itu ke yang you rasa selama ni bila ngan I? ” Nadanya kedengaran lirih.
    Aku memandangnya dengan perlahan.
    “Jeff, I’m sorry.” Pintaku. Dia hanya memandangku seketika. Tapi kali ini dengan pandangan yang kosong. Tidak menunjukkan sebarang respon padaku.
    Akhirnya kami berdua memilih untuk berdiam hinggalah kami sampai ke kawasan penginapanku. Tanpa bersuara Jeffrizul meninggalkan aku. Berkecil hatikah dia padaku? atau akukah yang terlalu kejam?
    Deringan isyarat mesej masuk dari telefonku mematikan segala peristiwa dua minggu lalu itu dari kotak fikiranku. Lamanya aku duduk dibangku itu dengan hanya menghabiskan masa begitu saja gara-gara mengingati apa yang telah berlaku dalam hidupku untuk tiga bulan ini.
    Ototku diregangkan seketika.aku harus segera bergegas ke kafeteria. Etyza dan Tania sedang menungguku. Lewat sedikit akan menyebabkan telingaku harus sedia menadah omelan mereka berdua.

*******
K
ELAS berjalan dengan lancar seperti hari hari yang lalu. Sebaik sahaja kelas terakhir      kami, aku meminta diri untuk mentelaah di perpustakaan. Banyak assignment yang harus aku siapkan secepat mungkin. Niea dan Etyza memandang aku kehairanan. Mungkin itu keganjilan yang berlaku dalam hidupku yang pernah mereka berdua saksikan. Mungkin bagiku hari ini dalam sejarah. Selalunya aku lebih suka menyiapkan tugasanku di dalam bilik saja. Atau sebenarnya aku sudah mula untuk berdikari tanpa mengharapkan sesiapa lagi. Tepat!
     Jam ditangan aku kerling seketika. Aku menarik nafas. Tak tahu kenapa aku merasa resah sebegini. Tumpuanku tidak lagi pada buku tebal yang menjadi rujukanku. Aku mengenggam kedua jemariku. Cuba mengawal rasa gementar saat itu.  Jiwaku kian bergelodak. Seluruh nafasku kian tersekat. Sungguh aku tidak pernah merasakan apa yang  aku rasa saat ini sebelum ini. Sumpah. Aku bagaikan bukan diriku lagi. Aku cuba mengalih pandangan jauh kedepan. Saat itu juga aku merasakan bagai melihat dia disetiap pandanganku.
    Ya, aku melihat dia kelihatan sempurna dimataku. Caranya  berjalan. Aku masih dapat mengingati gerak langkahnya  ketika pertama kali bertemu. Aku akui dia seorang lelaki yang kacak. Biarpun lemas dengan kehadirannya tapi hakikatya aku senang dengan perawakan dirinya itu. Senang dengan caranya yang bersahaja setiap kali melintas di hadapanku. Pandangan aku jatuh kebibirnya. Bibir yang senang menguntum senyuman. Apakah aku sudah tertarik dengan senyum itu ?Senyuman yang mampu mencairkan mana-mana gadis melihatnya. Lirikan senyuman itu cukup menghairahkn diriku.
    Senyum..?? Apakah dia senyum padaku? Sekelip mata aku kembali pada realiti. Dia benar –benar berada didepanku saat itu. Memandang kedalam anak mataku. Pertembungan yang drastik  itu berlaku hingga aku merasakan kami kini berada di dalam dunia sendiri.
    “Boleh I duduk?” Alunan suaranya membangunkan aku dari dunia khayalanku..
    “Eh. jangan.. eh takpe la..” Aduh! Kenapa aku kalut macam ni. ‘Allydia Ezra bertenanglah. Kau tak boleh nampak lemah.’ Aku cuba mengawal perasaan dalam diam.
    “Maksud I duduk la.”
    Aku menarik nafas, akhirnya mampu jugak aku menyusun kata. Syabas Ally!
    Dia senyum lagi? Aduh… semakin tak keruan aku dibuatnya. Dia melangkah setapak ke arahku. Aku memejamkan mata. Sikap dia meresahkan naluri wanitaku. Tiba-tiba saja dia menjadi begitu berani mendekatiku hinggakan aku jadi seram sejuk dengan perlakuannya yang berubah mendadak. Telingaku dapat menangkap nafas dia yang mendesah. Kalau lah dia rapat seinci lagi pasti degupan jantungku dapat dia dengar.
    “You sihat..? You okay tak..? soalnya.
    Aku mengangguk.
    “I nak ganggu you sebenarnya. “  Hampir membulat mataku saat itu.Ada ke patut dia datang menegurku hanya kerana ingin menganggu konsentrasiku. Aku melihat dia ketawa kecil. Aku  berpura-pura menumpu perhatian pada tugasanku.
    Dia sudah kembali duduk didepanku. Memandangku  “ I tengok you macam tak berminat dengan kerja you tu kan?Apa kata you ikut  I. I nak tunjukkan sesuatu pada you.”
    “Kenapa mesti I ikut you?” Pantas aku menyoal. Dia ketawa. Ketawa yang begitu menyenangkan aku.
    “Apa punya soalan macam tu.. jom la.. you pasti suka nanti..” Katanya seperti memujukku.
    “No. I takkan ikut you selagi you tak bagitau I.” Aku bertegas. Sebolehnya aku tidak mahu pandangan pertamanya terhadapku seorang perempuan yang boleh diheret semudahnya.
    “Alah, degilnya Allydia Erza ni. Jom lah” pujukknya lagi.
    Fikiranku berubah menjadi nakal. Aku perlahan merapatkan jarak antara kami. Jari-jemariku sudah singgah pada kolar bajunya. Dia sedikit terkedu dengan perlakuanku.
    “Apa hadiah yang I dapat kalau ikut you?” suaraku sengaja dilunakkan.
    “A kiss may be.” Selamba Anzmeer berkata. Punggungku hampir terbakar. Badannya kutolak jauh.
    “In your dreams. I tak nak lah ikut you kalau macam tu. Okeylah, I nak sambung kerja I ni ” Aku sengaja menutup ruang bicara.
    “Ally, I ada sesuatu nak cakap ngan you.” Suaranya perlahan.
    “Tentang apa?”
    “Tentang kita .!”

No comments:

Post a Comment