DIA...
pernah membunuh rasa percayaku pada insan bergelar lelaki..,
kerana dia..
Aku pernah berikrar tidak akan sesekali jatuh cinta lagi..,
takkan ku ulang lagi kesakitan yang pernah dialami..
dan sumpahku termaktub saat maruah ini terasa dihiris pisau belati..
namun, anehnya..
kerana dia....
ikrar sumpahku lebur dilambung ombak asmara,
kerana dia...
aku memperjudikan hidupku buat dirinya untuk kali keberapa???
kerana dia.,
aku mengizinkan pintu hatiku dibuka lagi,
mengizinkan dirinya kembali menetap di ruang hati..
hatiku menjerit..jiwaku memberontak..
tapi..,
tatkala rindu mengusik naluri..
aku kalah dengan panahan asmaranya yang mengoda jiwa...
hingga satu saat aku mengerti..
kerna dia lelaki itu..
.aku tergoda berkali-kali..
kerana dia lelaki itu..
aku kembali hanyut dalam lautan cinta yang berapi...
DAN KERANA DIA LELAKI ITU..,
sekali lagi dakapan kasihnya menemani mimpi ngeriku..
Alesz Eternity 12.14a.m 2013/3/06
***ilham menyapa tanpa dipinta tika rindu menghempas badai asmara***