BUKANKU PINTA UNTUK JATUH CINTA….
PUN BUKAN MUDAH UNTUKKU MENITIP KEMBALI MEMORI LALU..IA AMAT PAYAH DILUPAI LANTARAN BEGITU MENYAKITI SEKEPING HATI INI.TETAPI, MENGAPA SAATKU BERSUMPAH TAKKAN LAGI MENOLEH PADA FANTASI,ENGKAU HADIR KEMBALI HANYA KERANA INGIN MENUNTUT SEBUAH JANJI YANG KAU SENDIRI NODAI..?BUKAN,BUKAN ITU YANG AKU INGINI,BUKAN JUGA MENAGIH KEMBALI KASIH YANG TAK DIHARGAI…JAUH SEKALI KATA MAAF YANG INGIN KU DENGARI…TAPI PENJELASAN ITU YANG AKU TUNTUT DULU LAGI..AKU TIDAK PASTI SEBENARNYA .. ?WAJARKAH AKU MENDAKAP KEMBALI ASMARA YANG PERNAH HILANG BERSMA DIRIMU SEORANG INSAN PERAHSIA PENUH MISTERI YANG PERNAH AKU TEMUI..NAMUN, DALAM BENCI ADA RINDU... ITULAH YANG AKU ALAMI..ARGGHHH…!!MENGAPA SUKAR BAGIKU MENANGKIS KEHADIRANMU SEKALI LAGI…TAPI DALAM SEDAR AKU MENGERTI,SELAGI BUMI MENGELILINGI MATAHARI, SELAGI NAFAS INI BELUM TERHENTI..HATI INI TETAP KAU MILIKI..
08 NOVEMBER 18
12..07A.M
M
|
elangkah dengan kaki kanan adalah permulaan bagi setiap langkah pertama. Itulah yang sering mama ingatkan. Itu juga yang aku lakukan buat pertama kalinya mengikuti permilihan peragawati di agensi modeling milik sakura real. Ternyata apa yang mama usulkan benar-benar berhasil. Buktinya aku!
Dengan ketinggian 5 kaki 7 inci dan berwajah pan asia memang mudah bagiku dipilih menjadi model pakaian rekaan le de cior. Ditambah lagi lesung pipit yang menghiasi kedua belah pipiku merupakan tiket utama diriku dipilih. Warisan dari mama yang berketurunan arab menganugerahkan aku memiliki hidung sedikit mancung yang terletak. Pendek kata aku sebenarnya seorang gadis yang sempurna. Cantik!
“Isha, you buat apa kat sini? Show kan dah abis, you tak nak balik ke?” sapaan yang tiba-tiba itu meragut segala lamunanku. Aku tersedar. Ya ALLAH jauhnya aku perasan seorang diri.
Segera aku menoleh. “Eh, Mie.. ada apa dengan you ni.. main sergah je”
“Perlunya I yang tanya you soalan tu.” Huzaimi ketawa. Aku mengaru kepala. Ya tak ya jugak kan?. Tersengih-sengih aku kemudian.
“You know what? I really love it when you make your face like that. Nerd girl!” usiknya.
Aku mencerlangkan mata. Pantas lengan Huzaimi kutampar lembut. Aku tahu dia sekadar bergurau. Itulah satu-satunya sifat Huzaimi yang tidak pernah hilang. Bukan setahun dua aku mengenalinya. Tapi sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Dari bangku sekolah hinggalah melanjutkan pengajian ke luar Negara kami tidak pernah berpisah. Huzaimi sahabat yang pernah menyaksikan pahit manis kehidupanku suatu ketika dahulu.
Melalui perhubungan ini aku dan dia boleh dikelaskan sebagai sahabat sejati. Lihat saja dia boleh memilih kerjaya sebagai jurugambar disamping menguruskan syarikat ayahnya.
‘Hidup perlukan kepuasan.’ Ayat itu sering kali aku dengar meluncur dari mulut Huzaimi.
“Termenung lagi ya?” bersama dengan kata-katanya Huzaimi mengetuk kepalaku dengan surat khabar yang sengaja digulung-gulungkan.
Menyeringai aku sambil mengosok kepala. “You ni.. sakit tau.” Aku pura-pura marah. Padahal tidak lah sakit mana pun. Dia ketawa riang.
Aku menjelirkan lidah. “Jom balik!” putusku. Mataku melilau memerhatikan sekeliling. Kebanyakkan teman-teman sekerja sudah pulang. Aku bangkit berura-ura meninggalkan belakang pentas itu. Huzaimi begitu.
Beriringi aku dan Huzaimi melangkah keluar menuju parkir kereta.
“You tak penat ke Isha? I rasa lebih baik you kerja je dengan papa you. kan senang,”
Aku tersenyum nipis. “kerja mana yang tak penat Mie? Tapi I puas hati bila habis show. Minat namanya, apa-apa pun takkan jadi penghalang. You ingat kerja dengan papa I tak penat? You are wrong Huzaimi bin Dato Kamal. You’re wrong!.” Aku membidas kata-katanya.
“Papa tawarkan I kat bahagian accounting. Account managing. Oh god! Ledger.. account..credit, debit and so on.. I rasa nak muntah dengan semua tu. Memeningkan kepala je. Yuck! I hate maths. Really, really hate it.” sambungku lagi dengan aksi yang menunjukkan aku begitu fobia dengan apa-apa saja yang berkaitan dengan pengiraan. Bukan aku tak cuba, aku cuba tapi sejak dari bangku sekolah lagi subjek matematik lah menjadi kelemahanku.
Mengekek dia ketawa. Tangannya mengusap kepalaku. “I know..i know..” dia mengangkat kedua belah tangan tanda menyerah.
“You tu pun sama je. Nak mengata I pulak. Uncle kamal perlukan you untuk uruskan bisnes family you tau. Ni tak, nak jadi jurugambar professional konon.” Aku mengutuk Huzaimi berhabisan.
“I tak apa. I lelaki. Lagipun I kan tak boleh jauh dari you. I nak ambik gambar you sampai you dah tua kerepot. Lagipun I’m your bodyguard. You always need me, do you?” alis keningnya sengaja dijungkitkan. Terhambur ketawaku.
Aku mengiyakan kebenaran itu. “Yup! You’re my bodyguard.!”
“Tapi kan Isha, kalau you tak sanggup lagi jadi model.. you cari je I, senang cerita kita kahwin. Nak tak?”
Niatku untuk membuka pintu Polo Sedan kesayanganku terhenti. Terasa sesak nafasku tiba-tiba. Bukan kerana Huzaimi mengajak aku kahwin. Bukan. Tetapi kata-katanya itu mengingatkan aku akan seseorang. Seseorang yang bertanggungjawab terhadap hidupku tujuh tahun lalu!
Lama aku terkaku hingga bahuku disentuh Huzaimi lembut. Terpamer wajah resahnya.
“Hey, I’m just kidding, Isha. Jangan ambik hati. Sorry okay,” aku lihat Huzaimi serba salah. Mungkin dia tahu mengapa aku diam begitu. Bukankah Huzaimi juga pernah menjadi sebahagian kisah hidupku dulu?
Keluhan berat aku lepaskan. “It’s okay. I balik dulu. Take care.” Wajah kesalnya aku tatap seketika. Dia mengangguk. Polo Sedan ku pandu perlahan membelah kepekatan malam.
SETENGAH jam kemudian aku tiba di Villa Impian. Terasa lenguh pula memandu membuatkan aku melangkah longlai.Ketika melewati dapur, papa dan mama sedang menikmati makan malam. Seperti selalu akulah orang terakhir yang paling lewat makan. Kadang-kadang aku tidak berselera kerana terlampau penat.
“Nilla, baru balik ye.? Tukar baju dulu baru turun makan ye” mama menyapa dengan senyuman.
Dengan selamba aku menarik kerusi. Entah mengapa malam ini aku terasa lapar sangat. Padahal petang tadi sekotak pizza aku lahap. Mungkin kerana aku terliur dengan lauk sambal udang masakan mama. Kegemaranku!
“Tak tukar baju dulu,” tegur papa.
“Alah, papa.. Nilla lapar sangat ni,” aku sedikit merengek. Papa hanya mampu mengelengkan kepala.
“Esok balik awal ye, kenalan papa Nilla ajak makan malam.” Suapan aku terhenti. Ini tidak lain tidak bukan. Pasti soal jodoh lagi!
“Tapi ma..” aku ingin bersuara tapi mama lebih pantas memotong.
“Nilla, umur Nilla kan dah nak 28 tahun. Orang yang sebaya dengan Nilla pun mungkin dah beranak tiga. Takkanlah Nilla nak bersendiri sampai ke tua. Entah esok lusa mama dan papa tiada, siapa yang nak jaga Nilla. Sayang, jangan terlalu ikutkan kata hati. Mama dan papa nak tengok Nilla bahagia je,” suara mama kedengaran sedikit keras. Barangkali mula bertegas kerana selama ini aku sering mengabaikan saranan mereka.
Aku terdiam. Hilang kata. Seleraku turut mati.
“Lelaki yang Nilla harapkan tidak mampu bahagiakan kamu, nak. Biarlah papa dan mama yang tentukan siapa yang terbaik buat kamu sekarang ni” papa yang banyak berdiam dari tadi kini bersuara perlahan. Mungkin tidak ingin menyinggungkan perasaanku. Anak kesayangan mereka.
Rasa sebak menjalar memenuhi ruangan hatiku. Betapa sayangnya papa dan mama padaku. Argghh…! mungkin kali ini aku harus akur.
“Nanti Nilla fikirkan..”
Selesai makan aku terus berlalu ke bilik. Duduk termenung menghadap meja kerjaku. Cadangan papa dan mama terlayar di minda. Wajarkah keputusan aku nanti???
*******
S
|
eperti yang diputuskan aku muncul awal di rumah lewat petang itu. nasib baik show di Crystal Hotel ditunda pada esok hari. Kalau tidak, mungkin aku terpaksa berdepan dengan masalah. Samaada menghadap muka garang Encik Nasri pengurus agensi modeling sakura real atau sedia menadah telinga mendengar leteran mama.
Awal tadi pagi aku sudah memaklumkan keputusanku yang berpihak pada mama. Bukan main lebar senyuman mama. Papa hanya terdiam memandang aku penuh erti. Ah..! papa pasti tahu keputusan aku ini hanya kerana terpaksa.
Aku bercadang untuk tidur seketika. Rasa penat dengan latihan catwalk tadi masih terasa. ‘Lagipun makan malam di rumah kenalan papa jam lapan. Masih ada kurang lebih lima jam untukku berehat.’ Desis hatiku.
Namun, ada saja yang menghalang. Baru saja aku ingin memejamkan mata, telefon bimbitku berbunyi. Aku kembali bersila. Telefon bimbit di meja lampu tidur tepi kanan katil aku gapai. Tertera nama ‘along’ pada skrin.
“Along, lamanya tak call!” aku separuh menjerit.
Kedengaran tawa di hujung talian. “Along dengar ada orang tu kena jumpa calon suami malam ni ye,” usikan itu menampar telingaku. Pasti mama yang memberitahu. Aku mengeluh.
“Merepek lah. Kenal pun tak calon suami apa?” Ujarku tegas. ‘calon suami’ itu begitu tidak enak di pendengaranku.
“Marah dah, along rindu nak usik Nilla lah. Nak usik kak long kau tu takut babay keluar pulak,” Along cuba berjenaka.
“Siapa suruh take balik-balik” sindirku. Along hanya ketawa.
Hampir setengah jam kami berborak. Pelbagai cerita yang kami kongsikan. Aku lebih suka bercerita perihal kerjaya. Manakala Along bersungguh-sungguh menceritakan kebahagiaan rumah tangganya. Kebahagiaan aku?
Anzwanirul Rezky saudara kembar tahun aku. Along dilahirkan bulan januari manakala aku lahir pada bulan disember. Kembar tahun kembar yang unik. Itu yang aku rasakan. Dia satu-satunya abang kesayanganku. Dari kecil kami tidak pernah berenggang. Apa yang dilakukan pasti dikongsi bersama. Hanya setelah mendirikan rumah tangga kami semakin renggang. Lagipun pemergian Along ke Instabul untuk menguruskan cawangan syarikat papa menjadikan kami semakin jauh. Namun, aku tetap berbangga dengan Along.
Aku mengeluh tanpa sedar. Membuang segala lamunan. Niatku untuk berehat terus mati. Kotak kecil yang berada di bawah katil menarik perhatianku. Lama aku perhatikan. Kalau aku mengambil dan membukanya bermakna aku sengaja membiarkan kenangan lalu itu merobek hatiku? Ah.. lantaklah.
Seuntas rantai comel aku keluarkan dari kotak itu. aku pernah berjanji takkan membuka lagi kotak itu tapi tujuh tahun sudah berlalu hari ini aku melanggar janji itu. Apabila kotak penutup itu tertutup rapat, maka begitu juga aku akan menutup segala memori dan kenangan silam bersama ‘dia’.!
Hari ini aku bukan sahaja memungkiri janji itu tapi turut mengeluarkan segala isi di dalam kotak itu.
Tanpa sedar aku terasa sebak demi terpandang potret insan yang kemas terpahat di fikiran aku selama ini.
Ya, ALLAH apa yang telah aku lakukan ini. Tak sepatutnya aku menjadi lemah sebegini. Aku beristighfar berkali-kali. Mataku tertacap kembali pada gambar yang berlatarbelakangkan Warwick Castle.
‘Fahry Iskandar..’ tak terasa bibirku menyeru nama itu.
Persekitaran di university of Harvard bagaikan melambai-lambai padaku untuk kembali kesitu buat kali kedua!
*******
U PARK 7 TAHUN LALU, HARVARD
“I
|
SHA wake’s up. Hey Isha!” pekikan disebalik dinding pintu bilik benar-benar menyedarkan aku dari lena. Ditambah lagi dengan ketukan yang bertalu-talu membingitkan telinga sesiapa saja yang mendengar.
Awal-awal begini harusnya dinikmati dengan suasana yang tenang. Bukannya bising! Dengan langkah mamai aku menghampiri pintu. ‘Jeanne ni memang nak kena agaknya.’ Rungutku dalam geram. Dasar penyibuk!
“Hah, nenek. What’s up? I nak tidur lah. Ganggu betul.”
Tanpa memperdulikan Jeanne yang bercekak pinggang di muka pintu aku menghampiri katil. Sekelip mata tubuhku terbenam nikmat pada tilam empuk.
“Isha! You tau tak sekarang pukul berapa?” dia mula marah.
Aku hanya tersenyum dengan mata tertutup. Gebar aku tarik menutup seluruh tubuhku. Namun, nyawaku hampir saja melayang saat badanku tergolek di atas lantai.
“Jeanne Woo!” aku menjerit marah.
Dia hanya tersenyum sinis. Jam loceng di atas meja dicapainya. Lantas ditunjukkan tepat pada mataku. Aku terlopong dengan mata terbeliak.
Wajah Jeanne aku pandang sebelum jeritan sekali lagi tercetus dari bibirku.
“Profesor Smith!”
BERJALAN kaki dari U park ke kawasan universiti yang mengambil masa hanya 10 minit dirasakan begitu lama padaku. Dalam keadaan yang tergesa-gesa ke dewan kuliah aku sempat menyispi helaian kertas kerja yang perlu aku hantar. Seminit lewat hantar bermakna kegagalan itu akan berada di hujung jariku. Tanpa memperdulikan mereka yang menyaksikan gelagatku, pada waktu itu aku sempat juga dengan selambanya menempek bedak pada wajah.
“Hey girl!” jeritan satu suara membuatkan aku terhenti seketika. Menoleh. Memandang empunya suara.
“What?!” hatiku mendongkol marah. Dah lah aku terkejar masa yang hanya di hujung rambut, masih juga ada yang jadi pengacau.
Dalam marah aku masih mampu berfikir waras. Sekejap kemudian mataku beralih pula pada sekeliling. Mana tahu dia bukan bermaksudkan aku. Malu nanti kan? Namun, wajah itu memandangku, jadi?
‘Ah, tak penting! Tugasan professor Smith lagi penting.’ Rumusku.
“Hey, watch your…”
Aku melangkah setapak tanpa sempat pemuda itu menghabiskan kata-kata. Gedebuss!!!
Ya- ALLAH, nyawaku seakan melayang saat tubuh lampaiku menjunam jatuh dengan gaya tersendiri aku tak tahu aksiku saat itu. Longkang!
Hanya TUHAN saja yang tahu betapa malunya aku saat itu. Sepatutnya aku harus mendengar gerangan si dia yang mungkin membawa maksud ‘watch your step!’ Berkecai terus title Miss Harvard, wanita pujaan lelaki UOH. Rasa ingin menangis saat itu juga. Punggungku benar-benar rasa sakit yang teramat. Kesan calar pada belah lengan mencacatkan kulit putihku. Dalam aksi kuak lentang aku cuba untuk bangkit.’ Mengapalah tiada siapa yang sudi tolong aku saat ini’ hati kecilku menangis. Aku menyumpah seranah akan kecuaian aku ketika itu. Agaknya hari ini diisytiharkan sebagai hari malang bagi Azwanilla Riesha!
Tangisanku tercetus bila dinding longkang setinggi 3 kaki itu tidak mampu aku panjat. Dalam usaha ‘menyelamatkan’ diri dari menjadi bahan tontonan lebih ramai lagi warga kampus suara tadi menyapa telingaku lagi. Aku mendongak. Seraut wajah kacak menyapa mataku. Aku terpaku seketika. Kenapa kali pertama memandangnya beberapa minit yang lalu aku tidak perasan akan kesempurnaan ciptaan TUHAN ini?
Dengan secebis senyuman dia menghulurkan tangan. “Let’s me help you...if you don’t mind,”
Bergetar jantungku saat menyambut huluran tangannya. Sesaat kemudian aku sudah kembali berada di atas tanah. Nasib baik hanya aku dan dia berada disitu. Sebilangan pelajar yang lain berdiri agak jauh barangkali tidak perasan akan drama tanpa pengarah yang dilakonkan aku sebagai watak utama!
Ha..ha..ha.. aku perasan seorang diri.
Deheman lelaki itu mengaburkan senyuman yang meniti dibibirku. ‘One again! Kau tertangkap dengan aksi gila-gila tu Azwanilla Riesha!’ Aku tersengih. Dia tersenyum nipis. Semakin kalut aku saat anak matanya tajam menjamah badanku. Pantas kedua belah tanganku memeluk tubuh. Mana tahu kalau sebahagian bajuku yang basah itu mempamerkan bentuk badanku. Astaga!
Barangkali faham akan bahasa badanku dia tertawa kecil.“You luka tu, nak I hantar balik?” ujarnya kemudian yang membawa maksud dia tidak terfikirkan benda lain. Akhirnya aku termalu sendiri.!
Hairan! Itulah yang aku alami saat saat lelaki tidak aku kenali itu memberhentikan kereta sport 4929 itu tepat dihadapan flat penginapanku. Aku keluar dari perut kereta dengan kaki yang terhenyut-henyut. Aku menundukkan sedikit kepala ke dalam kereta.
“Thanks, sebab tolong I. And sorry for..” tanpa menghabiskan kata-kata aku memandang kerusi keretanya yang bertompok kecil-kecil kesan bajuku yang lencun. Aku mengetap bibir. Dia mengangguk.
“It’s okay. Never mind,” balasnya bersahaja.
Kepalaku terangguk-angguk. “Okay, then I go..” pintaku sekadar berbahasa. Namun, sesaat kemudian pantas aku menoleh padanya lagi saat otakku terfikirkan satu soalan.
“Who are you? Sorry, I didn’t catch your name..” soalan itu termuntah juga akhirnya. Perasaanku begitu teruja ingin mengetahui gerangan lelaki ini. Aku tahu sesuatu milikku telah dicurinya.
Dia tersenyum. Mengoda. “I’m Fahry..,Fahry Iskandar.
*******
*******
‘F
|
ahry Iskandar’ satu nama yang mengusik jiwaku hingga saat ini. Satu nama yang mengubah segala rentetan hidupku. Satu nama yang terukir indah suatu waktu dahulu. Satu nama yang aku sayangi dengan sepenuh hati. Itu semua dahulu. Tetapi , kini ia menjadi satu nama yang benar-benar menyakitkan hati. Satu nama yang membunuh kepercayaanku terhadap cinta kaum adam!
Mungkinkah aku sendiri yang silap kerana terlalu memasang angan yang terlalu tinggi untuk hidup bersamanya? Sehingga aku tidak sedar anganku mimpi yang sia-sia Cuma. Benci!
Ketukkan pintu tiba-tiba menyedarkan aku. Hilang segala paparan silam yang menyakitkan hatiku. Aku termenung seketika sebelum keluhan kecil terlepas dari bibirku.
“Sayang, kenapa lama sangat nak buka pintu.” Terjengul wajah mama dengan dahi yang berkedut seribu.
“Sorry mama, Nilla tertidur tadi.” Bohongku. Menutup segala rahsia hati. Biarlah hanya aku yang tahu. Biarlah aku seorang yang menanggung kelukaan hati ini. Aku pasrah kini.
“Cepat siap. Kejap lagi jam 8. Mama dan papa tunggu kat bawah.” Arah mama.
Aku memandang mama. “Kita nak kemana ma?” soalku kebinggungan.
Mama menepuk dahi. “Ya, ALLAH bertuah punya budak. Ni tak ingat ke saja nak berlakon. Jangan bagi alasan lagi Nilla. Kita kan nak makan malam kat rumah Dato’ kamal.” Makin bertambah kerut di dahi mama.
Aku tersengih. “Oppss..Nilla betul-betul lupa lah mama.”
“Cepat siap sekarang. Karang lambat pulak nanti.” Mama membebel.
“Okey bos.”
KACAK. Pandangan pertama yang aku berikan pada lelaki yang mama maksudkan. Orangnya tinggi berbadan sasa. Lebih kurang seperti Fahry. Ermm..Fahry? arghhh! Sukarnya ‘membunuh’ ingatanku padanya.
“Ahmad Amir Asraff.” Dia memperkenalkan diri. ‘Formalnya.. tapi tak apa formal pun formal lah.’ Hati kecilku berkata. Secebis senyuman aku lemparkan. Iklas sebagai tanda perkenalan. Mungkin.
“Azwznilla Riesha,” perkenalku kemudian.
Di meja makan aku hanya mendiamkan diri. Amir juga begitu. Mungkinkah dia seperti aku? Menurut kerana desakkan keluarga. Aku malu dalam diam. Seperti terdesak sangat hendak kahwin. Padahal itu semua bukan kehendak aku.
Apabila soal perkahwinan dibangkitkan aku hanya tersenyum sekadar menutup lara di hati. Kalaulah mereka tahu apa yang aku rasakan saat itu. kalaulah.. Fahry Iskandar yang didepanku. Ah.., semuanya penuh dengan ‘kalaulah’.
Azrilla anak bongsu Dato’ kamaluddin dengan Datin siti menemani aku berjalan di sekitar banglo milik keluarga itu sesudah makan malam. Aku merisik sedikit sebanyak maklumat dari Azrilla mengenai abangnya tanpa dipinta. Amir pernah berkahwin, dan isterinya meninggal kerana kemalangan. Fariesha Natasha. Cantik nama arwah isterinya. Melalui bingkai gambar yang tergantung di ruang bilik menonton rumah itu aku melihat wanita itu bertubuh kecil dan bertudung litup.Comel. Itu yang dapat aku rumuskan buat masa ini.
‘Akankah aku bertemu jodoh dengan duda kali ini?’ tiada masalah dengan statusnya itu sebenarnya Cuma masalahnya adalah cinta. Tapi lepas kahwin ada juga yang bercinta dan hasilnya bahagia hingga ke akhir hayat.’ Aku berperang dengan perasaan sendiri.
“Dulu abang tak macam tu. Kemalangan yang menimpa kak Tasha menjadikan dia pendiam. Satu pertemuan yang tidak dirancang dan terlalu aneh hingga membawa ke jinjang pelamin tapi kini dipisahkan oleh NYA;” ujar Azrilla perlahan. Mungkin sebak bertamu di dada mengenangkan nasib abang dan arwah kakak iparnya.
Aku turut membuang pandang kearah Amir yang duduk di taman. Kisah cinta kami hampir sama. Pertemuan yang bukan dipinta akhirnya bercinta dan berpisah kemudian. Tapi, yang bezanya kisah cinta Amir berakhir kerana kematian isterinya. Walaupun Tasha telah meninggal tapi aku tahu cinta dia takkan pernah hilang. Aku? Wanita yang ditinggalkan kekasih bukan kerana kematian yang memisahkan tapi kerana dusta!
Betapa sakitnya hati dengan kenyataan itu. Amir hidup dengan perasaan cinta. Aku hidup dengan dendam dan benci!
“Pergilah berbual dengan abang. Mana tau kehadiran kak Isha dapat pulihkan segalanya.” Azrilla memandangku penuh dengan harapan yang tersirat.
Aku tersenyum. Mengorak langkah. “Eh, you buat apa kat sini? Sorang-sorang duduk waktu macam ni.” Tegurku sebagai langkah pertama. Dia mendongak sedikit berkedut dahinya. Terkejut barangkali.
Aku melemparkan senyuman lagi. Bukan mengoda. Tapi membawa kata maaf kerana mematikan lamunannya. “May I seat?”
Dia mengangguk.
“You buat apa kat sini? Tak join orang kat dalam?” sekali lagi soalan yang sama aku utarakan sambil melabuhkan punggung pada kerusi kayu bertentangan dia.
Lelaki itu tersenyum hambar. “Saje nak ambik angin,” lagaknya seperti payah untuk bersuara.
Aku terdiam. Cinta mampu mengubah segalanya. Dengan melihat lelaki ini aku menjangkakan bahawa cinta juga bias mengubah diri manusia.
“Azrilla kata you dah berubah sekarang.” Pancingku. Memecah keheningan malam. Sengaja memprovok mulut yang berat untuk berkata itu.
Wajah tenangnya aku perhatikan. “Bukankah masa boleh mengubah segalanya.” Tuturnya bersahaja.
Aku kalut saat anak mata lelaki itu beradu dengan mataku. Dia seolah-olah jelmaan Fahry. Lagi? Bencinya kerana waktu sebegini dia masih tidak tahu malu berlayar di ruang fikiranku.
“Buat apa you renung I semacam je,” tanyaku. Amir mengalih pandangan kearah lain. Mungkin sedar bahawa dia ‘tertangkap’.
‘I cantik kan?’ kata-kata itu hanya terlontar di dalam hatiku. Aku tersenyum. Perasan lagi Isha! ‘Mana tau dia buat perbandingan kau dengan arwah isterinya. Padan muka.’ Suara hatiku menyindir.
“I buat pernilaian antara you dengan Tasha.” Tepat sekali suara hatiku. Lelaki ini terlalu berterus terang.
“Oh..” Hanya itu mampu keluar dari mulutku. Agaknya kenapa dia membandingkan antara aku dan dia? dari segi apa ya? Cara kami berpakaian ke? Paras rupa? Perangai mungkin? Atau ketulusan hati yang menjadi persoalan.?
Aku meneliti diriku. Erm.. gaun merah hati potongan V pada dada dengan paras lutut itu membuatkan aku sedikit seksi sebenarnya. Tapi tidak keterlaluan cara aku berpakaian. Sesuai lah dengan kerjayaku sebagai model. Paras rupa? Orang kata aku cantik. Jadi? Rasanya tidaklah aku perasan sorang diri. Perangai? Aku harus akui yang aku gila-gila dan sering lepas laku. Biarpun umurku kini 28 tahun perangai satu itu tak dapat aku ubah. So, nak buat apa lagi dah takdir aku begini.
Ketulusan hati? Rasanya aku tidak pernah menganiayai sesiapa hingga saat ini. Aku sentiasa ikhlas dalam menjalinkan apa-apa jenis hubungan. Aku suka berterus terang seperti dia juga. Hanya rahsia hati yang aku sembunyikan. Tidak pernah juga aku membenci orang kecuali seseorang itu. Seseorang yang bertanggungjawab terhadap hidupku suatu waktu dulu. Aku kata itu benci tapi kenapa hingga saat ini aku masih ternanti hadirnya?
“Dalam sangatkah cinta you pada dia?” soalan itu terluncur tanpa aku sedari.
Amir memandangku seketika. Acapkali terkejut dengan soalanku. Aku melihat dia meraup muka berkali-kali. “I sendiri tiada jawapan untuk soalan itu?” katanya dalam nada lirih.
Aku mengubah posisi badan supaya lebih selesa. Ya, soalan itu juga pernah aku utarakan pada Fahry. Tiap kali aku mengajukkan soalan itu, dia hanya tersenyum tanpa berkata-kata. Hingga kini aku belum dapat jawapan itu darinya.
“Our family plan..how?” tanyaku lagi. Aku berharap dia seperti aku. Biarlah dia menolak. Jadi lebih mudah untukku agar tidak dipersalahkan mama lagi. Tidak perlu lagi rasanya otakku penat merencana pelbagai alasan.
Namun, jawapan Amir sedikit menghampakan. “Give me some space to think about that, I hope you don’t mind.” Putus Amir. Barangkali meminta ruang untuk menerima baik buruk rancangan ibu bapa kami.
Kepalaku diangguk. ‘Of course! I really don’t mind. Tak payah fikir pun tak apa. Lagi baik.’ Balasku di dalam hati. Aku menarik nafas sedikit lega. Sekurang-kurangnya dalam masa dia memikirkan tentang itu, aku harap keputusan dia memihak padaku. Hatiku tiba-tiba terselit rasa marah. Bodohkah lelaki itu mengharapkan cinta yang telah ada? Atau akukah yang bodoh kerana mengingati orang yang ‘membunuh’ aku biarpun aku tidak mati. Aku sepatutnya menyahkan dia dari galeri hidupku sejak dulu lagi.
“Umur you berapa?”
Mengecil mataku mendengar soalannya. ‘apasal dia nak tahu’desisku.
“Why you care?”
“Saje.” Jawapan ringkas untukku dengar.
“Emm.., 28.” Aku memaksa diri untuk bersuara kerana sedar tidak elok rasanya aku mengunakan intonasi sebegitu untuk kali pertama pertemuan. Teranguk-anguk kepala Amir.
“Nak buat comparison between me and your wife ke?” Aku meneka serentak dengan tawa kecil. Entah mengapa tiba-tiba aku berasa senang degngan Amir. Mungkin kerana nasib kami yang hampir sama. Senyuman yang meniti dibibirnya mengetarkan aku seketika. Senyuman itu persis Fahry.
Aku melepaskan keluhan. “Love make me sick!” ujarku perlahan sambil memandang kearah langit. Melalui lirikkan mataku aku tahu Amir memandangku dengan riak penuh dengan tanda tanya.
No comments:
Post a Comment